Kecintaan besar Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) kepada ‎Saidina Uthman (radhiyallahu ‎‎‘anhu)‎

Saidina ‘Ali (radhiyallahu ‘anhu) meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah (sallallahu ‘alaihi ‎wasallam) bersabda:‎

لو أن لي أربعين بنتا زوّجت عثمان واحدة بعد واحدة، حتى لا يبقى منهن واحدة (أي بعد وفاة واحدة، لزوّجته أخرى حتى لا تبقى واحدة منهن) (أسد الغابة ٣/٢١٦)

“Seandainya aku mempunyai empat puluh anak perempuan, niscaya aku akan menikahkan mereka dengan ‘Uthman ‎(radhiyallahu ‘anhu), seorang demi seorang, sehingga tidak ada lagi anak perempuan (yakni setelah kematian seorang, aku akan menikahinya kepada anak perempuan yang berikutnya, sehingga tiada lagi ada anak perempuan yang masih hidup).” (Usdul Ghaabah 3/216)

Berita Gembira Tentang Syurga

Saidina Abu Musa (radhiyallahu ‘anhu) meriwayatkan perkara berikut:‎

Pada suatu ketika aku bersama dengan Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) di salah satu kebun di Madinah Munawwarah apabila seseorang datang dan meminta izin untuk memasuki kebun. Mendengar permintaan orang itu, Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) berkata kepadaku, “Izinkan dia masuk dan sampaikan berita gembira kepadanya tentang darjat yang tinggi di Syurga.” Maka aku membuka pintu untuk orang itu dan mendapati dia tidak lain adalah Abu Bakar (radhiyallahu ‘anhu). Aku sampaikan kepadanya berita gembira yang telah disebutkan oleh Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam), di mana dia memuji Allah Ta‘ala dengan rasa syukur.‎

Tidak lama selepas itu, seorang lagi datang dan meminta untuk memasuki kebun. Mendengar permintaannya, Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) berkata kepadaku, “Izinkan dia masuk dan sampaikan berita gembira kepadanya tentang darjat yang tinggi di Syurga.” Maka alu membuka pintu untuk orang itu, dan mendapati bahawa dia tidak lain daripada ‘Umar (radhiyallahu ‘anhu). Aku sampaikan kepadanya berita gembira yang telah disebutkan oleh Rasulullah (sallallahu ‎‎‘alaihi wasallam), di mana dia memuji Allah Ta‘ala dengan rasa syukur.‎

Selepas beberapa lama, seorang lagi meminta kebenaran untuk memasuki kebun. Rasululah (sallallahu ‎‎‘alaihi wasallam) berkata kepadaku, “Izinkan dia masuk, dan sampaikan berita gembira kepadanya tentang darjat yang tinggi di ‎Syurga, bersama-sama dengan dia menghadapi ujian.” Apabila saya membuka pintu, saya dapati orang itu tidak lain adalah ‘Uthman (radhiyallahu ‘anhu). Aku memberitahunya tentang apa yang telah disebutkan oleh Rasulullah (sallallahu ‎‎’alaihi wasallam), di mana dia memuji Allah Ta’ala dengan penuh kesyukuran dan kemudian berkata, “Hanya kepada Allah kami meminta pertolongan.”‎ (Sahih Bukhari #3693) ‎

Semak juga

Membeli Syurganya

بمناسبة غزوة تبوك، قال سيدنا رسول الله صلى الله عليه وسلم عن سيدنا عثمان بن …