Miswak – 3

Waktu Waktu Di mana Miswak Perlu Digunakan

1. Ketika bangun dari tidur.[1]

عن عائشة رضي الله عنها أن النبي صلى الله عليه وسلم كان لا يرقد من ليل ولا نهار فيستيقظ إلا تسوك قبل أن يتوضأ (سنن أبي داود، الرقم: 57)[2]

Saidatina Aisyah (radhiallahu anha) meriwayatkan, “Bila bila masa sahaja Nabi (sallaallahu alaihi wasallam) bangun dari tidur baginda, sama ada waktu malam mahupun siang, baginda akan bermiswak sebelum mengambil wuduk.”

Ianya harus diingati bahawa pengunaan miswak ketika bangun dari tidur adalah satu sunnah dan penggunaan miswak ketika mengambil wuduk adalah satu sunnah yang lain. Demikian, walaupun seseorang tidak berniat berwuduk untuk menunaikan solat ketika bangun dari tidurnya (ataupun wanita yang di dalam haidh), dia haruslah juga menggunakan miswak ketika bangun dari tidur.[3]

2. Apabila memasuki rumah.[1]

عن عائشة رضي الله عنها أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل بيته بدأ بالسواك (صحيح مسلم، الرقم: 253)

Saidatina Aisyah (radhiallahu anha) meriwayatkan, “Bila bila masa sahaja Nabi (sallaallahu alaihi wasallam) memasuki rumah baginda, baginda akan bermiswak.”

3. Sebelum membaca Quran Karim.[4]

عن علي بن أبي طالب رضي الله عنه قال: إن أفواهكم طرق للقرآن فطيبوها بالسواك (سنن ابن ماجة، الرقم: 291)[5]

Ianya diriwayatkan bahawa Saidina Ali (radhiallahu anhu) berkata, “Sesungguhnya mulutmu adalah laluan laluan bagi Quran (mulut digunakan untuk membaca Quran). Oleh yang demikian, bersihkanlah mulutmu dengan menggunakan miswak.”

عن علي رضي الله عنه أنه أمر بالسواك وقال: قال النبي صلى الله عليه وسلم: إن العبد إذا تسوك ثم قام يصلي قام الملك خلفه فتسمع لقراءته فيدنو منه أو كلمة نحوها حتى يضع فاه على فيه فما يخرج من فيه شيء من القرآن إلا صار في جوف الملك فطهروا أفواهكم للقرآن (مسند البزار، الرقم: 550)[6]

Saidina Ali (radhiallahu anhu) meriwayatkan bahawa Saidina Rasulullah (sallaallahu alaihi wasallam) bersabda, “Apabila seseorang menggunakan miswak dan lalu mendirikan solat, satu malaikat berdiri dibelakangnya dan dengar pembacaan Qurannya dengan penuh perhatian. Malaikat itu lalu mendekatkan dirinya hingga dia meletakkan mulutnya ke atas mulut orang itu. Apa apa bahagian daripada Quran  orang itu baca selepas itu dilindungi di dalam perut malaikat itu (dan selepas itu dijagakan oleh Allah Ta’ala). Oleh yang demikian, pastikanlah yang kamu membersihkan mulutmu sebelum membaca Quran Karim.

4٫ Pada waktu wudhu.[7]

عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم لولا أن أشق على أمتي لأمرتهم بالسواك عند كل وضوء (صحيح البخاري تعليقا 1/259)

Saidina Abu Hurairah (radhiallahu anhu) meriwayatkan bahawa Saidina Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) bersabda, “Seandainya aku tidak takut umatku mengalami kesulitan, nescaya aku perintahkan mereka (dan mewajibkan mereka) untuk bersiwak pada setiap kali berwudhu (namun, menggunakan miswak tidak wajib tetapi sunnah yang ditekankan pada waktu wudhu).”

5٫ Apabila gigi berubah warna atau bau busuk keluar dari mulut.[8]

عن جعفر بن أبي طالب رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال: ما لي أراكم تدخلون علي قلحا استاكوا ولولا أن أشق على أمتي لأمرتهم أن يستاكوا عند كل صلاة (كتاب الآثار، الرقم: 41)

Diriwayatkan daripada Saidina Ja’far (radhiallahu anhu) bahawa pada suatu ketika, Saidina Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) bersabda kepada orang- orang tertentu dengan berkata, “Apakah masalahnya kamu datang kepadaku dalam keadaan aku melihat gigi kamu kuning? Aku nasihatkan kamu untuk membersihkan gigi kamu dengan miswak”. Saidina Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) lalu bersabda, “Seandainya aku tidak takut umatku ditimpa kesusahan, nescaya aku perintahkan mereka (dan mewajibkan mereka) menggunakan miswaak pada setiap waktu solat (namun, menggunakan miswak tidak wajib tetapi sunnah yang ditekankan pada waktu wudhu).”

عن عبد الله بن بشر المازني رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: قصوا أظافيركم وادفنوا قلاماتكم ونقوا براجمكم ونظفوا لثاتكم من الطعام وتسننوا ولا تدخلوا علي قخرا بخرا (نوادر الأصول تحت الأصل التاسع والعشرين في باب النظافة)[9]

Saidina Abdullah bin Bishr (radhiallahu anhu)meriwayatkan bahawa Saidina Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) bersabda, “Potonglah kukumu dan tanamlah kukumu, bersihkan sendimu dengan sungguh-sungguh, jagalah gusimu bersih dari serpihan makanan, bermiswaklah dan jangan datang kepadaku dalam keadaan aku temui gigimu kuning dan mulutmu mengeluarkan bau busuk.”

6. Sebelum dan selepas makan.[10]

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال، إن كان قاله: لولا أن أشق على أمتي لأمرتهم بالسواك مع الوضوء وقال أبو هريرة رضي الله عنه: لقد كنت أستن قبل أن أنام وبعد ما أستيقظ وقبل ما آكل وبعد ما آكل حين سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول ما قال (مسند أحمد، الرقم: 9194)[11]

Saidina Abu Hurairah (radhiallahu anhu) meriwayatkan bahawa Sayyiduna Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) bersabda, dan pastinya baginda telah bersabda, “Seandainya aku tidak takut umatku mengalami kesulitan, niscaya aku akan menyuruh mereka (dan mewajibkan mereka) untuk menggunakan miswak pada setiap waktu wudhu (namun, menggunakan miswak itu tidak wajib tetapi sunnah yang ditekankan).” Saidina Abu Hurairah (radhiallahu anhu) selanjutnya berkata, “Disebabkan Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) menekankan penggunaan miswak, maka aku membiasakan diri dengan menggunakan miswak sebelum tidur, ketika bangun, sebelum makan dan selepas makan.”

7. Apabila seseorang nampak tanda tanda maut (sakaratul maut)[12]

عن عائشة رضي الله عنها قالت: دخل عبد الرحمن بن أبي بكر ومعه سواك يستن به فنظر إليه رسول الله صلى الله عليه وسلم فقلت له: أعطني هذا السواك يا عبد الرحمن فأعطانيه فقصمته (وفي رواية وطيبته) ثم مضغته فأعطيته رسول الله صلى الله عليه وسلم فاستن به وهو مستند إلى صدري (صحيح البخاري، الرقم: 890)

Saidatina Aaishah (radhiallahu anha) meriwayatkan, “(Apabila Rasulullah [sallallahu alaihi wa sallam] hampir wafat,) abangku, Abdur Rahman (radhiallahu anhu), masuk ke bilik dengan miswak yang mana dia gunakan untuk membersihkan giginya. Pandangan Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) tertumpu kepada miswak (tetapi disebabkan ketidakupayaan, baginda tidak mampu untuk memintanya daripadanya. Aku memahami yang Saidina Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) ingin untuk bermiswak pada waktu itu), maka aku bekata kepada abangku, “Wahai Abdur Rahman, pinjamkanku miswakmu.”  Aku mengambilnya daripadanya, potong bahagian atasnya, (bersihkannya, lembutkannya,) dan lalu memberikannya kepada Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam). Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) lalu menggunakan miswak sambil bersandar di atas dadaku.”

8. Pada waktu solat.[13]

9. Sebelum menyertai majlis seperti Solat Jumaat, Solat raya atau mana mana majlis yang lain.[14]

10. Apabila mengambil tayammum disebabkan sakit, atau tidak menjumpai air atau air tidak mencukupi, seseorang haruslah membersihkan mulutnya dengan miswak dan menunaikan solat.[13]


[1] ويسن السواك أيضا عند دخوله بيته واستيقاظه من نومه للحديث الصحيح فيهما والله أعلم (روضة الطالبين 1/167)

[2] سكت الحافظ عن هذا الحديث في الفصل الثاني من هداية الرواة (1/215) فالحديث حسن عنده

[3] باب السواك لمن قام بالليل يعنى يستحب لمن قام بالليل سواء كان قيامه للصلوة أو لغيرها أن يستاك لأن النوم مظنة تغير الرائحة … وفي الحديث دليل على أنه صلى الله عليه وسلم يتسوك قبل أن يتوضأ وأيضا يدل على أنه صلى الله عليه وسلم يتسوك بعد الاستيقاظ من النوم سواء أراد التهجد أم لا (بذل المجهود 1/35)

[4] ويتأكد استحبابه في أحوال … وعند قراءة القرآن (روضة الطالبين 1/167)

[5] عن علي رضي الله عنه أنه أمر بالسواك وقال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن العبد إذا تسوك ثم قام يصلي قام الملك خلفه فيستمع لقراءته فيدنو منه أو كلمة نحوها حتى يضع فاه على فيه فما يخرج من فيه شيء من القرآن إلا صار في جوف الملك فطهروا أفواهكم للقرآن رواه البزار بإسناد جيد لا بأس به وروى ابن ماجه بعضه موقوفا ولعله أشبه (الترغيب والترهيب، الرقم: 333)

[6] وقال الهيثمي رواه البزار ورجاله ثقات وروى ابن ماجه بعضه إلا أنه موقوف وهذا مرفوع (مجمع الزوائد، الرقم: 2564)

[7] (وسننه) أي الوضوء أي ومن سنته (السواك) وهو لغة الدلك وآلته وشرعا استعمال عود أو نحوه كأشنان في الأسنان وما حولها … وسن كونه (عرضا) أي في عرض الأسنان ظاهرا وباطنا في طول الفم … أما اللسان فيسن أن يستاك فيه طولا … ويحصل (بكل خشن) مزيل للقلح طاهر كعود من أراك أو غيره أو خرقة أو أشنان لحصول المقصود بذلك لكن العود أولى من غيره والأراك أولى من غيره من العيدان (مغني المحتاج 1/163-164)

وأما سنن الوضوء فكثيرة إحداها السواك وهو سنة مطلقا ولا يكره إلا بعد الزوال لصائم وفي غير هذه الحالة مستحب في كل وقت ويتأكد استحبابه في أحوال … وعند الوضوء وإن لم يصل … ويحصل السواك بخرقة وكل خشن مزيل لكن العود أولى والأراك منه أولى … ولا يحصل بأصبع خشنة على أصح الأوجه … ويستحب أن يستاك عرضا (روضة الطالبين 1/167)

(ويمره على) كراسي (أضراسه) وأطراف أسنانه ليجلوها من التغير بصفرة أو غيرها (و) على (سقف حلقه بلطف) ليزيل الخلوف عنه (أسنى المطالب 1/37)

ويستحب أن يمر السواك على سقف فمه بلطف وعلى كراسي أضراسه (مغني المحتاج 1/164)

[8] ويتأكد استحبابه في أحوال … وعند اصفرار الأسنان وإن لم يتغير الفم وعند تغير الفم بنوم أو طول سكوت أو ترك أكل أو أكل ما له رائحة كريهة أو غير ذلك (روضة الطالبين 1/167)

[9] قال صاحب نوادر الأصول: وقوله: لا تدخلوا علي قخرا بخرا المحفوظ عندي قلحا وقحلا والأقلح الذي اصفرت أسنانه حتى بخرت من باطنها ولا نعرف القخر والبخر إلا الذي نجد له رائحة منكرة يقال رجل أبخر ورجال بخر

[10] (ويسن للصلاة) … وللأكل (مغني المحتاج 1/166)

[11] قال الهيثمي: رواه أحمد ورجاله ثقات (مجمع الزوائد، الرقم: 1119)

[12] (ويسن للصلاة) … وعند الاحتضار (مغني المحتاج 1/166)

[13] (ويسن للصلاة) ولو نفلا ولكل ركعتين من نحو التراويح أو لمتيمم أو فاقد الطهورين أو صلاة جنازة ولو لم يكن الفم متغيرا (مغني المحتاج 1/166)

[14] (ويسن للصلاة) … ولإرادة أكل

(قوله: ولإرادة أكل إلخ) أي أو جماع لزوجته أو أمته وعند اجتماعه بإخوانه (حواشي الشرواني على تحفة المحتاج 1/233)

Semak juga

Azan dan Iqamat – 1

Azan – Permulaan dan Asal-usulnya Apabila Sayyiduna Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) berhijrah ke Madinah …