Azan dan Iqamat – 1

Azan – Permulaan dan Asal-usulnya

Apabila Sayyiduna Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) berhijrah ke Madinah ‎Munawwarah, baginda membina masjid. Selepas membina masjid, beliau berunding dengan para Sahabat (radhiallahu anhum) mengenai kaedah yang boleh digunakan untuk menyeru orang kepda solat. Adlah satu hasrat yang berkobar-kobar di dalam hati Sayyiduna Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) agar semua Sahaabah (radhiallahu anhum) berkumpul dan menunaikan solat bersama-sama di dalam masjid. Sayyiduna Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) tidak suka dengan para Sahabat (radhiallahu anhum) ‎mengerjakan solat mereka di masjid pada waktu yang berlainan mahupun di rumah mereka. ‎

Para Sahabat (radhiallahu anhum) memberikan pelbagai cadangan bagaimana orang boleh dipanggil untuk solat. Beberapa saranan para Sahabat (radhiallahu anhum) ialah menyalakan api atau bendera dikibarkan. Apabila melihat bendera yang berkibar atau nyalaan api dan asap api, orang akan faham bahawa ini adalah waktu solat dan dengan itu memberitahu orang lain untuk datang ke musjid untuk solat. ‎

Cadangan lain ialah supaya dibunyikan terompet atau  naaqoos (dua kayu)sipukul antara satu sama lain untuk menyedarkan orang ramai bahawa sudah tiba masanya untuk solat. ‎

Sayyiduna Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) tidak berkenan dengan cadangan tersebut. Sayyiduna ‎Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) tidak mahu umatnya mencontohi orang Nasrani, Yahudi dan ‎kuffar dalam aspek agama atau kehidupan duniawi mereka. Seandainya kaum Muslimin mengamalkan kaedah-kaedah ini, ia akan menyebabkan mereka menyerupai orang-orang kafir dalam agama mereka, dan lebih-lebih lagi, ia akan menyebabkan kekeliruan berlaku pada waktu-waktu solat kerana orang-orang kafir menyeru orang ke tempat ibadat mereka di masa lain melalui kaedah yang sama ini. ‎

Tiada kesimpulan dicapai dalam perhimpunan itu dan perkara itu tidak dapat diputuskan. ‎

Sebelum para Sahabah (radhiallahu anhum) bersurai dari perhimpunan Sayyiduna Rasulullah ‎(sallallahu alaihi wa sallam), Sayyiduna Umar (radhiallahu anhu) memberikan cadangan kepada Sayyiduna Rasulullah ‎(sallallahu alaihi wa sallam) bahawa, kerana belum ada kaedah yang diputuskan, maka buat sementara waktu, mungkin seseorang boleh dilantik untuk berkeliling menyeru orang ramai untuk solat setiap kali masuk waktu solat.

Sayyiduna Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) menerima cadangan Sayyiduna Umar (radhiallahu anhu) dan melantik Sayyiduna Bilaal  (radhiallahu anhu) untuk melaksanakan tugas ini. Demikian, pada waktu solat Sayyiduna Bilal (radhiallahu anhu) akan berkeliaran sambil memberi tahu orang yang jamaah di dalam masjid akan hampir bermula

Hati setiap Sahaabi (radhiallahu anhu) dipenuhi dengan keprihatinan Sayyiduna Rasulullah ‎(sallallahu alaihi wa sallam) tentang bagaimana orang-orang harus dipanggil untuk bersolat bersama-sama di ‎masjid.  ‎

Namun begitu, tidak lama selepas itu, pada suatu malam, selepas Sayyiduna Abdullah bin ‎Zaid (radhiallahu anhu) tidur;  dia telah ditunjukkan di dalam mimpi oleh Allah Taala.  Dalam mimpi itu, dia melihat satu malaikat, dalam bentuk manusia, yang berpakaian dua pakaian hijau dan membawa naaqoo.  Dia bertanya kepada malaikat, “Wahai hamba Allah!  Adakah kamu menjual naaqoos itu?”  Malaikat menjawab dengan bertanya kepadanya, “Apa yang ingin kamu lakukan dengannya?”  Sayyiduna Abdullah bin Zaid (radhiallahu anhu) menjawab, “Saya akan menggunakannya untuk menyeru orang ramai untuk solat.”  Malaikat kemudian berkata, “Tidakkah patut aku menunjukkan kepadamu cara untuk menyeru orang kepada solat dengan cara yang lebih baik daripada memukul naaqoos ini?”  Sayyiduna Abdullah (radhiallahu anhu) bertanya, “Cara apakah yang lebih baik?”  Malaikat menjawab, “Kamu akan mengumandangkan azan.”  Setelah itu malaikat mengajarinya kalimah azan.   ‎

Apabila dia bangun keesokan harinya, dia pergi menemui Sayyiduna Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) dan menceritakan seluruh mimpi itu.  Mendengar mimpi itu, Sayyiduna Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) menyebut, “Sungguh mimpi itu benar.  Berdirilah di samping Bilaal (radhiallahu anhu) dan beritahu dia tentang kalimah kalimah (azan) yang diajarkan kepada kamu dalam mimpi supaya dia boleh mengumandangkan azan dengan kata-kata ini.  Izinkan Bilaal (radhiallahu anhu) untuk mengumandangkan azan kerana suaranya lebih kuat daripada suara kamu.  Oleh itu, suaranya akan mencapai lebih jauh.” ‎

Apabila Sayyiduna Umar (radhiallahu anhu) mendengar azan Sayyiduna Bilaal (radhiallahu anhu), dia tergesa-gesa mengambil selendangnya dan bergegas ke perhimpunan Sayyiduna Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam).  Apabila sampai ke perhimpunan Sayyiduna Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam), baginda dengan penuh hormat berseru, ‎‎“Wahai Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam)!  Saya bersumpah demi Zat yang telah melantik kamu sebagai utusan-Nya untuk menyampaikan kebenaran Islam, saya telah diperlihatkan dalam mimpi di mana saya diajarkan kalimah adzan.”  Apabila Sayyiduna Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) mendengar ini, baginda menjadi gembira dan berkata, “Ini telah dikukuhkan lagi sebagai mimpi yang benar dari sisi ‎Allah (radhiallahu anhu).”‎

Telah diriwayatkan bahawa lebih dari sepuluh Sahabat (radhiallahu anhum) telah bermimpi di mana mereka diajarkan lafaz azan.  Di antara mereka ialah Sayyiduna Abu Bakr (radhiallahu anhu) dan Sayyiduna Umar (radhiallahu anhu).‎

Semak juga

Miswak – 3

Waktu Waktu Di mana Miswak Perlu Digunakan 1. Ketika bangun dari tidur.[1] عن عائشة رضي …