Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) pernah bersabda kepada Saidina Ali (radhiyallahu ‘anhu):
ألا ترضى أن تكون مني بمنزلة هارون، من موسى إلا أنه ليس نبي بعدي (صحيح البخاري، الرقم: ٤٤١٦)
“Apakah kamu tidak redha kedudukanmu di sisiku seperti kedudukan Harun dengan Musa (alaihimas salaam), cumanya, tidak ada nabi yang akan datang setelahku?” (Sahih Bukhari #4416)
Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) Melantik Saidina Ali (radhiyallahu ‘anhu) Atas Urusan Madinah Munawwarah
Dalam peristiwa Perang Tabuk, ketika Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) berangkat dari Madinah Munawwarah, baginda melantik Saidina Ali (radhiyallahu ‘anhu) untuk mengawasi urusan Madinah Munawwarah semasa ketiadaan baginda.
Oleh itu, atas arahan Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam), Saidina Ali (radhiallahu anhu) tidak keluar bersama dengan para tentera, akan tetapi dia tetap berada di Madinah Munawwarah.
Selepas itu, beberapa orang mula menyebarkan khabar angin bahawa sebab Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) menyuruh Saidina Ali (radhiyallahu ‘anhu) untuk tinggal di belakang adalah kerana baginda tidak redha kepadanya.
Mendengar ini, Saidina Ali (radhiyallahu ‘anhu) segera mendatangi Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) dan menyebutkan kepadanya apa yang dikatakan orang-orang tersebut.
Menurut satu riwayat, Saidina Ali (radhiyallahu ‘anhu) berkata kepada Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam), “Wahai Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam)! Aku tidak mahu orang Arab berkata tentangku, ‘Dia telah meninggalkan sepupunya (Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam)) dan tinggal di belakang.’”
Tambahan pula, hasrat mendalam Saidina Ali (radhiyallahu ‘anhu) untuk menyertai tentera supaya dia dapat berjihad di jalan Allah Ta‘ala. Menurut riwayat lain, Saidina Ali (radhiyallahu ‘anhu) berkata kepada Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam), “Wahai Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam)! Adakah kamu meninggalkan aku bersama wanita dan kanak-kanak?”
Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) menghiburnya dan berkata kepadanya, “Apakah kamu tidak redha kedudukanmu di sisiku seperti kedudukan Harun bersama Musa (alaihimas salaam), cumanya, tidak akan ada lagi nabi sesudahku?”
Dengan kata lain, apabila Nabi Musa (‘alaihis salaam) pergi ke Gunung Tur, dia meninggalkan saudaranya, Nabi Harun (‘alaihis salaam), untuk menjaga orang ramai. Ini menunjukkan darjat tinggi Nabi Harun (‘alaihis salaam) dan kepercayaan serta keyakinan yang ada pada Nabi Musa (‘alaihis salaam) kepadanya.
Dengan cara yang sama, Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) memberitahu Saidina Ali (radhiyallahu ‘anhu) bahawa melantiknya atas urusan Madinah Munawwarah semasa ketiadaan baginda adalah tanda bahawa Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) mempunyai keyakinan kepadanya.
Ketika Saidina Ali (radhiyallahu ‘anhu) mendengar ini, dia segera berkata, “Aku redha, aku redha (dengan keputusan Allah Ta’ala dan Rasul-Nya (sallallahu ‘alaihi wasallam)).”[1]
[1] من صحيح البخاري، الرقم: ٤٤١٦، فتح الباري ٧/٧٤