Bahaya Berkata Buruk tentang Saidina Ali (radhiyallahu ‘anhu) ‎

Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) bersabda:

من سبّ عليا فقد سبّني (مسند أحمد، الرقم: ٢٦٧٤٨)

“Orang yang menjelek-jelekkan Ali telah menjelek-jelekkanku.”  (Musnad Ahmad #26748)‎

Ketakutan Saidina Ali (radhiyallahu ‘anhu) kepada Hari Akhirat

Kumail bin Ziyaad (rahimahullah) melaporkan seperti berikut:‎

Pada suatu ketika, aku menemani Saidina Ali (radhiyallahu ‘anhu) ketika beliau keluar dari kota Kufah dan menuju ke Jabban (pinggir kota Kufah).  Ketika tiba di Jabban, Saidina Ali (radhiyallahu ‘anhu) berpaling ke arah perkuburan dan berseru, “Wahai penghuni kubur! Wahai orang-orang yang tubuhnya telah reput! Wahai orang-orang yang kesepian! Bagaimanakah keadaan kamu? Keadaan kami (di dunia) ialah harta pusaka si mati telah digulung dan diagihkan, anak si mati telah menjadi yatim  dan pasangan si mati kini telah berkahwin semula! Ini adalah keadaan kami, maka beritahu kami tentang keadaan kamu (di kubur)?”‎

Saidina Ali (radhiyallahu ‘anhu) kemudian berpaling kepadaku dan berkata, “Wahai Kumail! Seandainya penghuni kubur ini diizinkan oleh Allah Ta’ala untuk menyahut seruan kita, mereka akan berkata, “Sebaik-baik bekal (untuk akhirat) adalah bekalan taqwa.”‎

Saidina Ali (radhiyallahu ‘anhu) kemudiannya mula menangis dan berkata, “Wahai Kumail!  Kubur, sebenarnya, adalah sebuah kotak yang mengandungi amalan seseorang. Hanya pada saat kematian sahaja seseorang akan mengetahui amalan yang telah dia lakukan dan terbiar menunggunya di kuburnya (iaitu keadaan seseorang di dalam kubur – sama ada azab atau keselesaan – akan ditentukan oleh tindakan yang akan dia bawa bersamanya ke alam akhirat).”‎ (Taareekh Dimashq 50/251)‎

Semak juga

Insan Yang Paling Berpotensi dalam Menghukum di kalangan Ummat Ini

Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) bersabda mengenai Saidina Ali (radhiyallahu ‘anhu):‎ أقضاهم علي بن أبي طالب …