Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) redha dengan Saidina Zubair ‎‎(radhiyallahu ‎‎‘anhu)‎

حدّد سيدنا عمر رضي الله عنه قبل موته ستة من الصحابة الكرام رضي الله عنهم وأمرهم باختيار الخليفة من بينهم، وكان منهم سيدنا الزبير رضي الله عنه.

قال سيدنا عمر رضي الله عنه عنهم: ما أجد أحدا أحق بهذا الأمر من هؤلاء النفر الذين توفي رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو عنهم راض، فسمى عليا، وعثمان، والزبير، وطلحة، وسعدا، وعبد الرحمن (صحيح البخاري، الرقم: ٣٧٠٠)

Sebelum meninggal dunia, Saidina ‘Umar (radhiyallahu ‘anhu) membentuk kumpulan enam Sahaabah ‎(radhiyallahu ‘anhum) dan menyuruh mereka untuk memutuskan siapa di antara mereka yang akan menjadi ‎khalifah seterusnya. Salah seorang dalam kumpulan ini ialah Saidina Zubair (radhiyallahu ‘anhu).‎

Saidina ‘Umar (radhiyallahu ‘anhu) juga menyebut, “Aku tidak dapati mana-mana orang yang lebih layak menjadi Khalifah berbanding enam Sahabah (radhiyallahu ‘anhum) ini kerana Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) meninggalkan dunia ini dalam keadaan baginda sangat redha dengan mereka.”‎‏‎

Saidina Zubair (radhiyallahu ‘anhu) Menamakan Anak-anaknya dengan nama Para Sahabah (radhiyallahu ‘anhum) yang telah Syahid

Saidina Zubair (radhiyallahu ‘anhu) pernah menyebut:‎

‎“Sesungguhnya Talhah bin ‘Ubaidillah (radhiyallahu ‘anhu) meletakkan nama-nama Ambiyaa (‘alaihimus ‎salaam) untuk anak-anaknya, sedangkan dia mengetahui bahawa tidak akan ada Nabi yang akan datang selepas Nabi ‎Muhammad (sallallahu ‘alaihi wasallam). Saidina Zubair (radhiyallahu ‘anhu ‘anhu) kemudian berkata, ‎”Aku meletakkan nama para syuhada’ (dalam kalangan Sahabah [radhiyallahu anhum]) untuk anak-anakku supaya anak-anakku mungkin juga diberkati dengan kesyahidan.”‎

Oleh itu, Saidina Zubair (radhiyallahu ‘anhu) menamakan anaknya ‘Abdullah sempena Saidina ‘Abdullah bin Jahsh ‎‎(radhiyallahu ‘anhu) (yang syahid dalam perang Uhud).‎

Dia menamakan anaknya Munzir sempena Saidina Munzir bin ‘Amr (radhiyallahu ‘anhu) (yang syahid di ‎Bir Mau’nah). ‎

Dia menamakan anaknya ‘Urwah sempena Saidina ‘Urwah bin Mas‘ud (radhiyallahu ‘anhu)‎‏‎(yang dibunuh oleh kaumnya ketika dia mengajak mereka masuk Islam).‎

Beliau menamakan anaknya Hamzah sempena Saidina Hamzah bin ‘Abdil Muttalib (radhiyallahu ‘anhu) (yang gugur syahid dalam perang Uhud).‎

Dia menamakan anaknya Ja’far sempena nama Saidina Ja’far bin Abi Taalib (radhiyallahu ‘anhu) (yang gugur syahid dalam perang Mu’tah).‎

Beliau menamakan anaknya Mus‘ab sempena Saidina Mus‘ab bin ‘Umair (radhiyallahu ‘anhu) (yang gugur syahid dalam perang Uhud).‎

Dia menamakan anaknya ‘Ubaidah sempena Saidina ‘Ubaidah bin Haarith (radhiyallahu ‘anhu) (yang gugur syahid dalam perang Badar).‎

Beliau menamakan anaknya Khalid sempena nama Saidina Khalid bin Sa‘id (radhiyallahu ‘anhu) (yang gugur syahid dalam peperangan Marjus Safar atau Ajnadeen).‎

Beliau menamakan anaknya ‘Amr sempena Saidima ‘Amr bin Sa‘id bin ‘Aas (radhiyallahu ‘anhuma) yang syahid dalam Perang Yarmuk.‎ ‎(Tabaqaat ibn Sa’d 3/74)‎

Semak juga

Pemegang Amanah Umat kita ‎Yang Istimewa

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لكل أمة أمين (خاص)، وأمين هذه الأمة (يتولّى …