Antara yang paling dicintai oleh Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam)‎

سأل سيدنا عمرو بن العاص رضي الله عنه ذات مرة فقال: يا رسول الله، أي الناس أحبّ إليك؟

قال صلى الله عليه وسلم: عائشة

قال: من الرجال (من أحبّ إليك)؟

قال: أبو بكر

قال: ثم من؟ قال: عمر

قال: ثم من؟ قال: أبو عبيدة بن الجراح (صحيح ابن حبان، الرقم: ٤٦٠، صحيح البخاري، الرقم: ٣٦٦٢)

Saidina Amr bin Aas (radhiyallahu ‘anhu) pernah bertanya kepada Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam), ‎‎“Siapakah yang paling engkau cintai dari semua manusia?” ‎

Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) bersabda, “Aisyah”. ‎

Beliau kemudian bertanya, “Siapakah di dalam kalangan lelaki, (yang paling kamu cintai)?‎

Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) bersabda, “Abu Bakar”. ‎

Beliau kemudian bertanya, “Selepas itu siapakah (yang paling kamu cintai)?‎

Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) bersabda, “Umar”. ‎

Beliau kemudian bertanya, “Setelah dia, siapakah (yang paling kamu cintai)? ‎

Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) bersabda, “Abu Ubaidah bin Jarraah”. (Sahih Ibnu Hibbaan ‎‎#460‎‏& Sahih Bukhari #3662)‎

Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) Secara Praktikal Menunjukkan  ‎Kedudukan Terhormat Saidina Abu Ubaidah (radhiyallahu ‘anhu)‎ kepada Ummat

Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) pernah duduk bersama Saidina Abu Bakr (radhiyallahu ‎‎‘anhu), Saidina Umar (radhiyallahu ‘anhu), Saidina Abu Ubaidah (radhiyallahu ‘anhu) dan ‎Sahaabah (radhiyallahu ‘anhum) yang lain ketika minuman diberikan kepada Nabi (sallallahu ‘alaihi ‎wasallam‎).

Nabi (sallallahu ‘alaihi wasallam) mengambil minuman di tangannya dan menawarkannya kepada Saidina Abu ‎Ubaidah (radhiyallahu ‘anhu) untuk diminum terlebih dahulu. Namun, Saidina Abu Ubaidah (radhiyallahu ‎‎‘anhu), kerana menghormati Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam), tidak mahu minum dahulu ‎dan berkata kepada Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam), “Wahai Nabi Allah! Engkau lebih berhak untuk minum dahulu.”‎

Nabi (sallallahu ‘alaihi wasallam) kemudian berkata kepadanya, “Abu Ubaidah, minumlah (dahulu).” Saidina ‎Abu Ubaidah (radhiyallahu ‘anhu) kemudian menerima bekas minuman dari Nabi (sallallahu ‘alaihi ‎wasallam).‎

Namun begitu, sebelum minum, beliau sekali lagi, kerana menghormati dan mencintai Rasulullah ‎‎(sallallahu ‘alaihi wasallam), berkata kepada Nabi (sallallahu ‘alaihi wasallam), “Wahai Nabi Allah! Engkau ambil (dan minumlah dahulu).” Nabi (sallallahu ‘alaihi wasallam) berkata kepadanya:‎

اشرب فإن البركة مع أكابرنا‎ ‎

‎“(Wahai Abu Ubaidah!) Kamu minumlah (dahulu), kerana barakah (berkat) terletak pada orang senior kami (iaitu ummat akan menerima barakah daripada Allah Ta’ala dengan cara mereka menunjukkan penghormatan kepada orang senior mereka dan membenarkan mereka melakukan sesuatu terlebih dahulu).”‎

Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) selepas itu menyebut:‎

فمن لم يرحم صغيرنا ويجل كبيرنا فليس منا‎

“Orang yang tidak mengasihani orang yang muda di antara kami dan tidak menghormati orang yang lebih tua di antara kami, maka dia bukan dari kalangan kami (iaitu dia tidak mengikuti jalan kami – jalan sunnah).” ‎

‎(Majma’uz Zawaaid #8‎‏264‏‎)‎

Nota: Perlu diingat bahawa apabila berinteraksi dengan orang yang lebih tua, sunnahnya ialah menunjukkan kasih sayang dan rasa hormat kepada mereka. Tanda menunjukkan kasih sayang dan rasa hormat kepada mereka ialah seseorang itu lebih mengutamakan mereka daripada dirinya sendiri. ‎

Itulah sebabnya apabila Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) – imam semua ‎Ambiya dan Rasul – memberikan minuman itu kepada Saidina Abu Ubaidah (radhiyallahu ‘anhu) untuk diminum dahulu, beliau tidak mahu minum dahulu, tetapi dua kali beliau meminta Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) untuk minum sebelum dirinya, kerana Rasulullah (sallamyllallahu ‘alaihi wasallam) adalah orang yang paling berhak untuk minum dahulu.

Akan tetapi, apabila Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) memerintahkannya untuk minum dahulu, maka beliau segera patuh, kerana mentaati perintah Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) ‎(atau orang yang lebih tua) akan diutamakan daripada keinginan seseorang untuk menunjukkan rasa hormat kepada mereka, dan ini akan menepati sunnah dalam situasi ini.‎

Daripada kisah ini, kita melihat bahawa Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) ingin menunjukkan kepada ummah kedudukan yang tinggi dan terhormat Saidina Abu Ubaidah (radhiyallahu ‘anhu) agar mereka juga menghormatinya. ‎

Salah satu cara bagi Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) untuk menunjukkan kepada para Sahabah (dan umat) ‎kedudukan terhormat Saidina Abu Ubaidah (radhiyallahu ‘anhu) adalah dengan menjelaskan secara lisan kepada mereka akan keutamaannya. Rasulullah (sallalllahu ‘alaihi wasallam) telah melakukannya dengan menyebut kepada umat bahawa Saidina Abu Ubaidah (rdhiyallahu ‘anhu) adalah pemegang khas amanah umat ini. ‎

Cara kedua bagi Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) untuk menunjukkan kepada para Sahabah (dan umat) kedudukan terhormat Saidina Abu Ubaidah (radhiyallahu ‘anhu) adalah dengan praktikalnya menunjukkan kepada mereka suatu tindakan yang dengannya mereka akan memahami kehormatan dan penghormatannya dan dengan itu juga menunjukkan penghormatan dan rasa hormat kepadanya. Oleh itu, Rasullullah (sallallahu ‎‎‘alaihi wasallam) meminta beliau untuk minum dahulu – untuk menunjukkan kepada umat kedudukan dan kehormatan beliau. ‎

Semak juga

Saidina Talhah (radhiyallahu ‘anhu) – Memenuhi Janji

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: طلحة ممن قضى نحبه (أي ممن وفوا بعهدهم …