قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: نعم المرء بلال، ولا يتبعه إلا مؤمن، وهو سيد المؤذنين (من أمتي)، والمؤذنون أطول الناس أعناقا يوم القيامة (أي: يكونون من أصحاب الرتب العالية في الآخرة). (المعجم الكبير، الرقم: ٥١١٩)
Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) pernah bersabda:
“Bilal ialah seorang insan yang sangat mulia! Hanya orang yang beriman (sebenar) sahaja yang akan mengikutinya.
“Beliau merupakan penghulu bagi sekalian muazzin (daripada umatku) dan pada hari Kiamat kelak, para muazzin adalah orang yang paling panjang lehernya (iaitu mereka berada dalam kalangan orang yang mempunyai kedudukan dan darjat yang tinggi di akhirat).” (Al-Mu’jam al-Kabir #5119)
Saidina Bilal (radiyallahu ‘anhu) Bertanggungjawab Memegang Tombak Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam)
Raja Habsyah (Raja Najasyi (rahimahullah)) pernah menghadiahkan tiga batang tombak kepada Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam). Setelah menerima ketiga-tiga tombak tersebut, Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) memberikan sebatang tombak kepada Saidina ‘Ali (radiyallahu ‘anhu), sebatang lagi kepada Saidina ‘Umar (radiyallahu ‘anhu), dan menyimpan sebatang tombak untuk baginda sendiri.
Pada sambutan kedua-dua hari raya (Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha), Saidina Bilal (radiyallahu ‘anhu) akan membawa tombak milik Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) dan berjalan di hadapan baginda. Beliau akan berjalan di hadapan Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) sambil memegang tombak tersebut sebagai tanda penghormatan dan kemuliaan bagi Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam).
Apabila Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) dan Saidina Bilal (radiyallahu ‘anhu) sampai di tempat solat raya , Saidina Bilal (radiyallahu ‘anhu) akan memacakkan tombak tersebut ke dalam tanah supaya ia dijadikan sebagai sutrah (penghalang di hadapan) bagi Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) semasa mendirikan solat hari raya.
Selepas Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) wafat dan Saidina Abu Bakr (radiyallahu ‘anhu) menjadi khalifah, Saidina Bilal (radiyallahu ‘anhu) tetap melakukan perkara yang sama untuk Saidina Abu Bakr (radiyallahu ‘anhu) pada sambutan kedua-dua hari raya. (Siyar A‘lam an-Nubala’ 3/221)
Alislaam Usaha untuk Menghidupkan Agama secara keseluruhannya