Melihat Tempat Tinggalnya di dalam Syurga

عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من صلى علي في يوم الجمعة ألف مرة لم يمت حتى يرى مقعده من الجنة (أخرجه ابن شاهين بسند ضعيف كذا في القول البديع صـ 397)

Saidina Anas (radhiallahu) meriwayatkan bahawa Rasullullah (Sallallahu Alaihi wasallam) bersabda, “Sesiapa yang berselawat ke atas ku sebanyak seribu kali pada hari Jumaat, dia tidak akan meninggal dunia sehinggalah dia diperlihatkan tempat tinggalnya di dalam syurga.”

Membaca Selawat di dalam Majlis

Penulis Nuzhatul Majaalis meriwayatkan kisah berikut daripada seorang yang soleh:

Aku mempunyai seorang jiran yang merupakan seorang pendosa. Aku selalu mendesaknya untuk bertaubat, akan tetapi, dia tidak mendengarnya. Selepas dia meninggal dunia, aku telah melihatnya di dalam syurga. Apabila aku bertanya tentang bagaimana dia sampai ke syurga, dia berkata, “Pada suatu hari aku berada di dalam majlis seorang Muhaddith (ulama hadith) yang mengatakan, ‘ Orang yang berselawat ke atas Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) dengan lantang akan dijamin syurga.’ Maka aku pun berselawat dengan lantang, dan orang lain juga melakukan perkara yang sama. Maka, kami semua telah diampunkan oleh Allah Ta’ala.[1]

‎يَا رَبِّ صَلِّ وَسَلِّم دَائِمًا أَبَدًا عَلَى حَبِيبِكَ خَيرِ الْخَلْقِ كُلِّهِمِ‎


[1] نزهة المجالس 2/87

Semak juga

Sumber Cahaya pada Hari Kiamat

عن ابن عمر رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: زينوا …