Khabar gembira daripada Allah Ta’ala kepada orang yang berselawat

عن عبد الرحمن بن عوف رضي الله عنه قال: خرج رسول الله صلى الله عليه وسلم فاتبعته حتى دخل نخلا فسجد فأطال السجود حتى خفت أو خشيت أن يكون الله قد توفاه أو قبضه قال: فجئت أنظر فرفع رأسه فقال: ما لك يا عبد الرحمن قال: فذكرت ذلك له فقال: إن جبريل عليه السلام قال لي: ألا أبشرك إن الله عز وجل يقول لك: من صلى عليك صليت عليه ومن سلم عليك سلمت عليه (مسند أحمد، الرقم: 1662 ، وقال البيهقي في الخلافيات 3/143 (عن طريق لهذه الرواية بنحو هذه الألفاظ): قال أبو عبد الله – رحمه الله -: هذا حديث صحيح)

Saidina Abdur Rahman bin Auf (radhiallahu anhu) meriwayatkan: pada satu ketika, Rasulullah (sallallahu alaihissalam) meninggalkan rumah baginda dan aku mengikutinya, sehingga baginda masuk ke satu dusun kurma dan baginda bersujud. Nabi (sallallahu alaihi wasallam) bersujud begitu lama sampai aku takut yang Allah Ta’ala telah mengambil nyawa baginda. Maka aku pergi ke hadapan untuk melihat jika apa apa telah berlaku kepada Nabi (sallallahu alaihi wasallam). Lalu Nabi (sallallahu alaihi wasallam) mengangkat kepala baginda daripada sujud dan bertanya kepadaku apa masalahnya, yang mana aku nyatakan ketakutan dan kebimbanganku (bahawa bagida meninggal dunia di dalam keadaan bersujud). Nabi (sallallahu alaihi wasallam) menjawab, “(Sebab aku membuat sajdah yang begitu panjang ialah) Jibrail (alaihi salam) datang kepadaku dan berkata, “Tidakkah perlu aku memberi mu khabar gembira bahawa Allah Ta’ala bersabda, “Sesiapa yang berselawat ke atas mu, Aku akan merahmatinya, dan sesiapa yang menhantarkan salam kepadamu, Aku akan menhantarkan kedamaian dan berkat kepadanya.”

Sepohon Pokok yang Memberi Salam kepada Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam)

Saidina Ya’laa bin Murrah Thaqafee (radhiallahu anhu) meriwayatkan:

Pada suatu masa, kami bermusafir bersama Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) dimana kami berhenti pada satu tempat. Selepas berhenti, Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) pun tidur. Kemudian, sepohon pokok datang menempa jalannya melangkaui tanah sehingga ia menutup Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam), yang kemudiannya pergi dan kembali ke tempatnya semula.

Apabila Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) terjaga, aku pun memberitahu baginda tentang apa yang telah berlaku. Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) bersabda, “Itulah pokok yang telah meminta Tuhannya keizinan untuk (datang kepadaku dan) memberi salam kepadaku. Allah Ta’ala telah memberi keizinan kepada pokok ini.”[1]

‎يَا رَبِّ صَلِّ وَسَلِّم دَائِمًا أَبَدًا عَلَى حَبِيبِكَ خَيرِ الْخَلْقِ كُلِّهِمِ‎


[1] مسند أحمد، الرقم: 17565، القول البديع صـ 162

Semak juga

Menolak kemiskinan

وعن سمرة السوائي والد جابر رضي الله عنهما قال: كنا عند النبي صلى الله عليه …