11. Adalah mustahab (disukai) dan merupakan satu amalan yang berganjaran besar untuk menambah perkataan ‘Sayyiduna’ pada nama mulia Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) apabila menyebut nama mulia Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam).
12. Pada waktu berselawat, seseorang itu hendaklah berusaha untuk memastikan tubuh badan dan pakaiannya berada dalam keadaan yang bersih.
13. Para Ulama menjelaskan bahawa terdapat banyak keadaan dan waktu yang mana berselawat ke atas Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) adalah mustahab. Antara keadaan-keadaan tersebut termasuklah yang berikut:
* Pada awal dan akhir doa seseorang
* Ketika masuk dan keluar dari masjid
* Selepas selesainya azan, sebelum membaca doa selepas azan
* Selepas menyempurnakan wuduk
* Ketika menziarahi makam mulia Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam)
* Ketika mula menulis sesebuah kitab
* Pada permulaan sesebuah surat
* Ketika bangun untuk solat Tahajud
* Ketika berhadapan dengan sebarang kesusahan dan kesulitan
Alislaam Usaha untuk Menghidupkan Agama secara keseluruhannya