Saidina Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) mendoakan untuk seseorang keampunan

عن عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أكثروا الصلاة علي في الليلة الزهراء واليوم الأزهر فإن صلاتكم تعرض علي فأدعو لكم وأستغفر (القربة لابن بشكوال، الرقم: ١٠٧، وسنده ضعيف كما في المقاصد الحسنة، الرقم: ١٤٨)

Saidina Umar bin Khattab (radhiallahu anhu) meriwayatkan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) bersabda, “Tambahkan bacaan selawat ke atasku pada malam dan hari jumaat kerana selawat kamu disampaikan kepadaku. Maka aku berdoa untukmu dan minta Allah Ta’ala untuk mengampunkan dosa dosa kamu.”

Selawat adalah Satu Sumber Rahmat untuk Orang yang hidup dan yang telah mati

Di dalam Raudhul Faa’iq kisah berikut telah diceritakan:

Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang wanita yang mempunyai anak yang sangat jahat. Walaupun dia telah menasihati anaknya beberapa kali, anaknya tidak ambil endah tentang nasihat ibunya dan dia tidak pernah menerima amaran ibunya . Dalam keadaan begini, tanpa bertaubat daripada kejahatannya, dia meninggal dunia. Ibunya berasa sangat sedih dan menjadi lebih sedih kerana anaknya meninggal dunia tanpa bertaubat. Kemudian, dia pun sangat berharap yang dia boleh melihat anaknya di dalam mimpi. Akan tetapi, apabila dia melihat anaknya di dalam mimpi, dia menjadi lebih sedih kerana melihat anaknya sedang merana azab yang dahsyat.
Selepas beberapa ketika, dia melihat anaknya dalam mimpi semula.
Akan tetapi, pada masa ini, dia melihat anaknya berada dalam keselesaan dan kesenangan yang amat dan sangat gembira. Apabila dia bertanya kepada anaknya tentang sebab perubahan keadaannya, anaknya menjawab:

“Seorang pendosa melintasi kubur kami. Apabila dia nampak kubur kami, dia berasa sangat terkesan dan mengambil pengajaran bahawa dia harus mengubah hidupnya dan menjadi orang yang taat kepada Allah Ta’ala sebelum terlambat. Dia mula menangis mengenang dosa-dosa yang lalu, dan dengan hati yang ikhlas, dia bertaubat daripada dosa-dosanya. Kemudian, dia membaca beberapa ayat Al Quran dan membaca selawat ke atas Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) sebanyak 20 kali, dan mengirim pahala-pahala tersebut kepada penghuni-penghuni kubur tersebut. Saya adalah salah seorang daripada penerima, dan bahagian yang datang kepada saya mempunyai kesan yang hebat sehingga mengangkat saya daripada keadaan yang sebelum ini kepada keadaan yang ibu lihat sekarang.

“Wahai ibu, Selawat ke atas Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) adalah cahaya daripada hati, satu sebab dosa diampunkan dan merupakan satu sumber rahmat untuk orang yang hidup dan mati.”[1]

يَا رَبِّ صَلِّ وَسَلِّم دَائِمًا أَبَدًا عَلَى حَبِيبِكَ خَيرِ الْخَلْقِ كُلِّهِمِ


[1] الروض الفائق صـ 4

Semak juga

Tujuh Puluh Malaikat mencatat Pahala untuk Seribu Hari

عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من …