Al-Atiq – Orang Yang Dikurniakan Pembebasan daripada Api Neraka

Pada suatu hari Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam) duduk bersama para sahabat (radhiallahu anhum) apabila baginda memalingkan pandangannya ke arah Saidina Abu Bakar (radhiallahu anhu) dan bersabda:

كان سيدنا رسول الله صلى الله عليه وسلم جالسا مع أصحابه مرة، فنظر إلى سيدنا أبي بكر رضي الله عنه وقال: هذا عتيق الله من النار فيومئذ سمي سيدنا أبو بكر رضي الله عنه عتيقا (مسند البزار، الرقم: ٢٢١٣، مجمع الزوائد، الرقم: ١٤٢٨٩)

“Lelaki ini (Saidina Abu Bakar [radhiallahu anhu]) telah dikurniakan pembebasan daripada api neraka oleh Allah Ta’ala.”

Pada masa tersebut Saidina Abu Bakar (radhiallahu anhu) mendapat gelaran Al-Atiq daripada Allah Ta’ala.

(Musnadul Bazzar #2213 & Majmauz Zawaaid #14289)

Rasa Hormat Saidina Abu Bakar (radhiallahu anhu) kepada Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam) dan Cinta Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam) kepadanya

Dalam peristiwa pembukaan kota Makkah Mukarramah, Saidina Abu Bakar (radhiallahu anhu) telah membawa ayahnya, Abu Quhafah, kepada Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam) untuk memeluk Islam. Pada masa tersebut, Abu Quhafah telah berumur melebihi 90 tahun dan telah kehilangan penglihatannya.

Apabila mereka datang kepada Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam), Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam) bersabda kepada Saidina Abu Bakar (radhiallahu anhu), “Mengapakah engkau tidak tinggalkan sahaja sheikh ini (orang tua-merujuk kepada Abu Quhafah) supaya aku boleh datang kepadanya (di rumahnya)?”

Saidina Abu Bakar (radhiallahu anhu) menjawab, “Tidak, lebih baik dia yang datang kepadamu ( maksudnya, walaupun dia adalah ayahku, kamu adalah Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam) dan kamu  berhak  untuk lebih dihormati, maka yang sebetulnya, kamilah yang patut datang kepadamu).”

Di dalam satu riwayat, Saidina Abu Bakar (radhiallahu anhu) menerangkan sebab lain beliau menginginkan ayahnya datang kepada Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam), bukannya Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam) yang datang kepadanya.

Beliau berkata, “Wahai Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam)! Aku berharap yang ayahku datang kepadamu supaya ini boleh menjadi satu sebab Allah Ta’ala memberikan ganjaran kepadanya (kerana bersusah payah datang kepadamu, walaupun dia buta dan sudah tua).”

Mendengarkan ini, Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) bersabda, “kami akan cuba sedaya upaya untuk menjaganya (Saidina Abu Quhafah [radhiallahu anhu]) dan memberikannya perhatian yang istimewa atas sebab banyak kebaikan yang kami telah perolehi daripada anaknya (Saidina Abu bakar [radhiallahu anhu]).”

Lalu Saidina Abu bakar (radhiallahu anhu) mendudukkan ayahnya di hadapan Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam), dan selepas itu Rasulullah melalukan tangan baginda ke atas dadanya sambil berkata, “Terimalah Islam, dan kamu akan dikurniakan dengan keselamatan.” Abu Quhafah terima dakwah Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) dan pada waktu itu juga dia menjadi muslim. (Majma’uz Zawaa’id #14339 & Mustadrak lil Hakim #4363)

Semak juga

Doa Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) untuk Saidina Ali (radhiyallahu ‘anhu)‎

Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) pernah berdoa untuk Saidina Ali (radhiyallahu ‘anhu) dalam ‎kata-kata berikut:‎ اللّٰهُمَّ …