Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) bersabda:
إن أبا بكر خير ممن طلعت عليه الشمس أو غربت (رواه الطبراني كما في مجمع الزوائد، الرقم: ١٤٣١٤)
Abu Bakar (radhiallahu anhu) adalah orang yang terbaik (di kalangan ummat ini) yang mana matahari terbit dan terbenam di atasnya.”
Orang yang terbaik di kalangan ummat
Saidina Abu Darda (radhiallahu anhu) berkata, “Pada satu ketika, Rasulullah (sallallahu alaihis wasallam) melihat aku berjalan di hadapan Saidina Abu Bakar (radhiallahu anhu).
Apabila Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) telah melihat ini, baginda berkata kepadaku, “Jangan berjalan di hadapan orang yang lebih baik daripada kamu. (Maksudnya Saidina Abu Bakar [radhiallahu anhu])”
Selepas itu Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) menerangkan kelebihan Saidina Abu Bakar (radhiallahu anhu) yang agung. Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) bersabda, “Abu Bakar (radhiallahu anhu) adalah orang yang terbaik (di kalangan ummat ini) yang mana matahari terbit dan terbenam di atasnya.” (Tabaraani & Majma’uz Zawaa’id #14314)