Ghusl – 6

Cara Sunnah Bermandi Wajib

1. Janganlah membazir air ketika bermandi wajib. Air yang terlalu banyak tidak patut digunakan, ataupun terlalu sedikit, yang mana seseorang itu tidak boleh membasuh dengan sempurna.[1]

عن عبد الله بن محمد بن عقيل بن أبي طالب عن أبيه عن جده رضي الله عنهم قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يجزئ من الوضوء مد ومن الغسل صاع فقال رجل: لا يجزئنا فقال: قد كان يجزئ من هو خير منك وأكثر شعرا يعني النبي صلى الله عليه وسلم (سنن ابن ماجة، الرقم: 270)[2]

Saidina Aqil bin Abi Talib (radhiallahu anhu) meriwayatkan bahawa Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam) bersabda, “Satu mud air sudah cukup untuk berwudhuk, dan satu saa’ air sudah cukup untuk mandi wajib.” Mendengarkan ini, seseorang menegur, ” Kuantiti air ini tidak akan cukup untuk kami”. Saidina Aqil (radhiallahu anhu) menasihati orang tersebut dan membalas, ” Ianya cukup sahaja untuk orang yang lebih baik daripadamu dan mempunyai rambut yang lebih banyak daripadamu (merujuk kepada Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam).” (Mud dan saa’ adalah dua jenis ukuran)

2. Janganlah berbual, menyanyi ataupun melakukan apa-apa jenis perbualan ketika bermandi wajib.[3]

3. Janganlah mengambil masa terlalu lama di dalam bilik air, khususnya jika ianya adalah bilik air biasa yang orang lain juga gunakan.[1]


[1] اتفق أصحابنا وغيرهم على ذم الإسراف في الماء في الوضوء والغسل وقال البخاري في صحيحه: كره أهل العلم الإسراف فيه والمشهور أنه مكروه كراهة تنزيه وقال البغوي والمتولي: حرام (المجموع شرح المهذب 2/152)

[2] قال البوصيري في الزوائد (1/99): إسناده ضعيف لضعف حبان ويزيد

لهذا الحديث شاهد من حديث ابن عباس رضي الله عنهما قال: قال رجل: كم يكفيني للوضوء قال مد قال: كم يكفيني للغسل قال: صاع قال: فقال الرجل: لا يكفيني فقال: لا أم لك قد كفى من هو خير منك رسول الله صلى الله عليه وسلم رواه أحمد والبزار والطبراني في الكبير ورجاله ثقات (مجمع الزوائد الرقم: 1099)

[3] كذا يسن … وترك نفض وتنشف واستعانة وتكلم لغير عذر (تحفة المحتاج 1/297)

Semak juga

Azan dan Iqamat – 1

Azan – Permulaan dan Asal-usulnya Apabila Sayyiduna Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) berhijrah ke Madinah …