Dipanggil As-siddiq oleh Saidina Jibril (alaihis salam)‎

Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) bersabda kepada Saidina Jibril (alaihis salam) pada malam Mi’raaj’:

إن قومي لا يصدقوني (إذا أخبرتهم بأنه قد أسري بي)، فقال له جبريل: يصدقك أبو بكر، وهو الصديق (المعجم الأوسط للطبراني، الرقم: ٧١٧٣)

“Kaumku tidak akan percaya kepadaku (apabila aku beritau mereka yang aku telah dibawa dalam perjalan Mi’raj).” Jibril (alaihis salam) bersabda, “Abu bakar akan percayakan kamu, dan dia adalah As-siddiq (yang paling jujur).”

Cinta Saidina Abu Bakar (radhiyallahu ‘anhu) Sesuai Dengan Cinta ‎Saidina Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam)‎

Setelah ayah Saidina Abu Bakar (radhiyallahu ‘anhu) memeluk Islam, Saidina Abu Bakar ‎‎(radhiyallahu ‘anhu) mengadap Saidina Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) dengan berkata: ‎

‎“Aku bersumpah dengan Zat yang telah mewakilkan kamu dengan kebenaran!  Walaupun aku sangat gembira kerana ayahku telah memeluk Islam, kebahagiaan yang ayah akan alami sekiranya bapa saudara kamu, Abu Taalib, memeluk Islam, akan jauh lebih besar daripada kebahagiaan yang aku alami sekarang.  Sebabnya jika bapa saudara kamu, Abu Talib, memeluk Islam, ini akan membawa kebahagiaan yang lebih besar kepada kamu (daripada kebahagiaan yang kamu alami atas keislaman ayahku).”‎

Mendengarkan ini, Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) menjadi sangat gembira dengan Saidina Abu Bakar ‎‎(radhiyallahu ‘anhu) dan bersaksi tentang cinta sejatinya kepada Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam).  Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) bersabda, “Sesungguhnya kamu telah berkata benar.”‎ (Musnadul Bazzar #6131)

Semak juga

Membeli Syurganya

بمناسبة غزوة تبوك، قال سيدنا رسول الله صلى الله عليه وسلم عن سيدنا عثمان بن …