Ghusl – 7

Cara Sunnah Bermandi Wajib

1. Janganlah mengotori bilik air dengan bulu-bulu atau rambut yang tidak diingini.[1]

2. Bertimbang rasalah ketika menggunakan air panas. Janganlah gunakan terlalu banyak sehingga orang yang datang selepas kamu akan terbeban kerana tidak mempunyai air panas yang mencukupi.[2]

3. Selepas mandi, adalah disarankan untuk membiarkan badan kering dengan sendirinya tanpa mengelapnya dengan sehelai tuala. Akan tetapi, jika terdapat keperluan untuk menggunakan tuala bagi mengeringkan badan, berbuat demikian adalah dibenarkan.[3]

4. Tutuplah badan dengan segera selepas mandi.[4]

5. Janganlah membuang air kecil di dalam bilik mandi.[5]


[1] يحرم الانتفاع بشعر الآدمي وسائر أجزائه لكرامته بل يدفن شعره وظفره وسائر أجزائه (المجموع شرح المهذب 3/103)

[2] عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: المسلم من سلم المسلمون من لسانه ويده والمهاجر من هجر ما نهى الله عنه (صحيح البخاري، الرقم: 10)

[3] كذا يسن … وترك نفض وتنشف (تحفة المحتاج 1/297)

[4] عن زرعة بن مسلم بن جرهد الأسلمي عن جده جرهد قال: مر النبي صلى الله عليه وسلم بجرهد في المسجد وقد انكشف فخذه فقال: إن الفخذ عورة هذا حديث حسن ما أرى إسناده بمتصل (سنن الترمذي، الرقم: 2795)

[5] عن عبد الله بن مغفل رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم نهى أن يبول الرجل في مستحمه وقال: إن عامة الوسواس منه (سنن الترمذي، الرقم: 21)

Semak juga

Azan dan Iqamat – 1

Azan – Permulaan dan Asal-usulnya Apabila Sayyiduna Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) berhijrah ke Madinah …