Allah Ta’ala akan memberikan ganjaran kepada Saidina Abu bakar (radhiallahu anhu) pada ‎hari Kiamat ‎

Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) bersabda:

ما لأحد عندنا يد إلا وقد كافيناه ما خلا أبا بكر فإن له عندنا يدا يكافئه الله به يوم القيامة (سنن الترمذي، الرقم: ٣٦٦١)

Tiada sesiapa yang telah berlaku baik kepada kami kecuali kami telah membayarnya semula di dunia ini , kecuali Saidina Abu bakar (radhiallahu anhu). Atas kebaikan yang amat besar yang dia telah lakukan kepada kami, Allah Ta’ala akan memberikannya  ganjaran pada hari Kiamat.”

Saidina Abu Bakar (radhiyallahu ‘anhu) Bersedia Berkorban Segala-galanya untuk Saidina Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam)

Semasa perang Badar, anak Saidina Abu Bakar Siddeeq (radhiyallahu ‘anhu), Saidina Abdur Rahmaan (radhiyallahu ‘anhu), berperang di pihak orang-orang kafir kerana dia belum lagi memeluk Islam.

Kemudian, selepas memeluk Islam, ketika duduk bersama ayahnya, Saidina Abu Bakar Siddeeq (radhiyallahu ‘anhu), dia berseru, “Wahai ayahku yang dikasihi, semasa perang Badar, ayah beberapa kali berada di bawah pedangku.  Namun, memandangkan ayah adalah bapaku, aku selamatkan ayah.”

Saidina Abu Bakar Siddeeq (radhiyallahu ‘anhu) secara spontan membalas, “Seandainya kamu berada di bawah pedangku semasa peperangan, nescaya aku tidak akan menyelamatkan kamu, kerana kamu memerangi Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam).”[1]


[1] تاريخ الخلفاء 1/33

Semak juga

Doa Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) untuk Saidina Ali (radhiyallahu ‘anhu)‎

Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) pernah berdoa untuk Saidina Ali (radhiyallahu ‘anhu) dalam ‎kata-kata berikut:‎ اللّٰهُمَّ …