Insan Yang Paling Berpotensi dalam Menghukum di kalangan Ummat Ini

Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) bersabda mengenai Saidina Ali (radhiyallahu ‘anhu):‎

أقضاهم علي بن أبي طالب (أي: أعرفهم بالقضاء) (سنن ابن ماجة، الرقم: ١٥٤)

 “Orang yang paling berpotensi dalam memutuskan hukum (dari umatku) ialah Ali bin Abi Thalib.” (Sunan Ibnu Maajah #154)‎

 Cinta Saidina Ali (radhiyallahu ‘anhu) kepada Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) ‎

Pada suatu ketika, Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) tidak mempunyai makanan untuk dimakan dan mengalami kelaparan.  Apabila Saidina ‘Ali (radhiyallahu ‘anhu) mengetahui bahawa Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) sedang mengalami kelaparan, hatinya segera dipenuhi dengan kebimbangan dan kerisauan. Begitulah cintanya kepada Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) sehingga dia tidak dapat berehat dalam keadaan beliau mengetahui bahawa Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) berada dalam kesusahan dan kepayahan. Namun, Saidina ‘Ali (radhiyallahu ‘anhu) sendiri tidak mempunyai apa-apa makanan untuk dikongsi dengan Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam).‎

Oleh itu, Saidina ‘Ali (radhiyallahu ‘anhu) meninggalkan rumahnya untuk mencari pekerjaan supaya dia dapat memperoleh duit untuk membeli makanan untuk Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam). Ketika Saidina Ali (radhiyallahu `anhu) berkeliling mencari pekerjaan, dia sampai ke sebuah kebun milik seorang Yahudi. Saidina ‘Ali ‎‎(radhiyallahu ‘anhu) menawarkan untuk menimba air dari telaga untuk Yahudi itu, dengan syarat setiap baldi air yang diambilnya, Yahudi itu harus membayarnya sebiji kurma.‎

Orang Yahudi itu menerima dan Saidina ‘Ali (radhiyallahu ‘anhu) mengeluarkan tujuh belas baldi air dari telaga. Apabila tiba masa pembayaran, orang Yahudi itu menawarkan Saidina ‘Ali (radhiyallahu ‘anhu) untuk mengambil apa-apa jenis kurma yang dia kehendaki dari kebunnya. Oleh itu, Saidina ‘Ali (radhiyallahu ‘anhu) mengambil tujuh belas kurma jenis ‘Ajwah, dan kemudian membawanya dan mempersembahkannya kepada Rasulullah (sallallahu `alaihi wasallam).‎

Apabila dia memberikan kurma kepada Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam), Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) memanggilnya dengan kuniyatnya (gelaran kerabat) dan bertanya kepadanya, “Wahai Abul Hasan! Dari mana kamu dapat kurma ini?” Saidina ‘Ali (radhiyallahu ‘anhu) menjawab, “Wahai Nabi Allah (sallallahu ‘alaihi ‎wasallam)! Aku mendengar tentang kelaparan yang kamu alami, jadi aku pergi mencari pekerjaan supaya aku dapat memperoleh makanan untuk diberikan kepada kamu!”

Mendengarkan ini, Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) bertanya kepadanya, “Adakah kamu melakukan ini semata-mata kerana cinta kepada Allah Ta’ala dan RasulNya (sallallahu ‘alaihi wasallam)?” Saidina ‘Ali (radhiyallahu ‘anhu) menjawab, “Ya, wahai Nabi Allah (sallallahu ‘alaihi wasallam)!”

Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) kemudian bersabda, “Tiada seorang hamba yang benar-benar cinta kepada Allah Ta’ala dan RasulNya (sallallahu ‘alaihi wasallam), melainkan dia akan diuji (ada masanya) dengan kemiskinan.” Oleh itu, orang yang benar-benar cinta kepada Allah Ta’ala dan Rasul-Nya (sallallahu ‘alaihi wasallam) hendaklah bersedia untuk menghadapi ujian kesabaran.”‎ (Sunan Kubra lil-Bayhaqi #11649 dan Sunan Ibnu Maajah #2446)‎

Semak juga

Para Malaikat Menunjukkan Rasa Malu Dihadapan Saidina Uthman ‎‎(radhiyallahu ‘anhu) ‎ ‎

Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) pernah  menyebut: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: رحم الله …