Sunnat-sunnat di Masjid – 2

Kelebihan-Kelebihan Orang Yang Pergi Ke Masjid Untuk Menunaikan Solat

1. Mengambil wudhu di rumah dan berjalan ke masjid untuk solat adalah satu sebab untuk dosa seseorang itu diampunkan dan darjatnya akan diangkat.

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من تطهر في بيته ثم مشى إلى بيت من بيوت الله ليقضي فريضة من فرائض الله كانت خطواته إحداهما تحط خطيئة والأخرى ترفع درجة (صحيح مسلم، الرقم: 666)

Saidina Abu Hurairah (radhiallahu anhu) meriwayatkan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) bersabda, “Barangsiapa yang berwudhu di rumah dan kemudiannya berjalan menuju ke rumah Allah Ta’ala untuk menunaikan kefardhuan yang Allah telah tetapkan, maka untuk setiap langkah yang dia ambil, satu dosa diampunkan, dan untuk langkah yang berikutnya yang dia ambil, dia akan diangkat satu darjat lebih tinggi.”

2. Orang yang datang ke masjid adalah tetamu Allah Ta’ala.

عن عمرو بن ميمون عن عمر رضي الله عنه قال: المساجد بيوت الله في الأرض وحق على المزور أن يكرم زائره (المصنف لابن أبي شيبة، الرقم: 35758)

Saidina Amr bin Maimun (rahimahullah) meriwayatkan bahawa Saidina Umar (radhiallahu anhu) berkata,” Masjid adalah rumah Allah Ta’ala di atas bumi, dan tuan rumah akan bertanggungjawab untuk memuliakan orang yang menziarahiNya.”

3. Mereka yang kerap datang ke masjid telah digelar sebagai ahli Allah Ta’ala dan hamba istimewaNya.

عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: إن عمار بيوت الله هم أهل الله عز وجل (مجمع الزوائد، الرقم: 2030)[1]

Saidina Anas (radhiallahu anhu) meriwayatkan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) bersabda, “Hanya orang yang kerap ke masjid adalah ahli (hamba istimewa) Allah Ta’ala.”

4. Kerap ke masjid adalah satu cara untuk melindungi iman dan agama seseorang.

عن معاذ بن جبل رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: إن الشيطان ذئب الإنسان كذئب الغنم يأخذ الشاة القاصية والناحية فإياكم والشعاب وعليكم بالجماعة والعامة والمسجد (الترغيب والترهيب، الرقم: 499)[2]

Saidina Muaz bin Jabal (radhiallahu anhu) meriwayatkan bahawa Saidina Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) bersabda, “Sesungguhnya Syaitan adalah serigala bagi manusia (yang memburu manusia), sama seperti serigala bagi kambing kambing yang merampas kambing yang jauh dan berpisah daripada kawanan. Elakkan daripada hidup terpencil di lembah lembah (atau elakkan daripada pendapat terpencil) dan berpegang kuatlah kepada ahli sunnah wal jamaah dan tetaplah bersama dengan kalangan ummat dan bersambunglah dengan masjid.”

5. Kerap ke masjid adalah satu tanda iman.

عن أبي سعيد رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا رأيتم الرجل يعتاد المسجد فاشهدوا له بالإيمان قال الله تعالى: إنما يعمر مساجد الله من آمن بالله واليوم الآخر (سنن الترمذي، الرقم: 3093)[3]

Saidina Abu Sa’id Khudri (radhiallahu anhu) meriwayatkan bahawa Saidina Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) bersabda, “Apabila kamu melihat seseorang selalu kerap ke masjid maka jadilah saksi kepada imannya. Allah Ta’ala berfirman di dalam Quran Karim, “Masjid masjid Allah Ta’ala akan hanya didatangi dengan kerap oleh orang orang yang mempunyai iman pada Allah Ta’ala dan Hari Akhirat.

6. Orang-orang yang berjalan ke masjid dalam keadaan gelap telah diberi khabar gembira dengan mendapat cahaya yang sempurna pada hari Qiamat.

عن بريدة الأسلمي رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: بشر المشائين في الظلم إلى المساجد بالنور التام يوم القيامة (سنن الترمذي، الرقم: 223)[4]

Saidina Buraidah Aslami (radhiallahu anhu) meriwayatkan bahawa Saidina Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam)bersabda, “Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan di dalam kegelapan ke masjid   bahawa mereka akan mendapat cahaya yang sempurna pada hari Qiamat.

7. Setiap kali seseorang itu pergi ke masjid pada waktu pagi atau petang, Allah Ta’ala akan menyediakan tempat tinggal untuknya di Jannah.

عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: من غدا إلى المسجد وراح أعد الله له نزله من الجنة كلما غدا أو راح (صحيح البخاري، الرقم: 662)

Saidina Abu Hurairah (radhiallahu anhu) meriwayatkan bahawa Saidina Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) bersabda, “Barangsiapa yang pergi ke masjid pada waktu pagi dan petang, maka setiap kali dia pergi ke masjid, Allah Ta’ala akan menyediakan baginya tempat tinggal di Jannah.”


[1] قال الهيثمي: رواه الطبراني في الأوسط وأبو يعلى والبزار وفيه صالح المري وهو ضعيف

صالح ابن بشير ابن وادع المري بضم الميم وتشديد الراء أبو بشر البصري القاص الزاهد ضعيف من السابعة مات سنة اثنتين وسبعين وقيل بعدها (تقريب التهذيب صـ 271)

عن أبي الدرداء رضي الله عنه قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول المسجد بيت كل تقي وتكفل الله لمن كان المسجد بيته بالروح والرحمة والجواز على الصراط إلى رضوان الله إلى الجنة (الترغيب والترهيب، الرقم: 501)

قال الهيثمي: رواه الطبراني في الكبير والأوسط والبزار وقال إسناده حسن وهو كما قال رحمه الله تعالى

[2] قال المنذري: رواه أحمد من رواية العلاء بن زياد عن معاذ ولم يسمع منه

[3] قال أبو عيسى: هذا حديث حسن غريب

[4] قال أبو عيسى: هذا حديث غريب

Semak juga

Azan dan Iqamat – 10

Doa Ketika Azan Maghrib Baca doa yang berikut semasa Azan maghrib atau selepas Azan Maghrib: …