Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) menyebut:
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: الزبير في الجنة (هو ممن بشّر بالجنة في الدنيا) (جامع الترمذي، الرقم: ٣٧٤٧)
“Zubair akan berada di syurga (iaitu beliau termasuk dalam kalangan orang-orang yang menerima khabar gembira dari syurga di dunia ini)”. (Jaami’ Tirmizi #3747)
Menyahut Seruan Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) Selepas Perang Uhud
Suatu ketika, Saidatina A’isyah (radhiyallahu ‘anha) bercakap dengan anak saudaranya ‘Urwah (rahimahullah) dan berkata:
“Wahai anak saudaraku! Kedua-dua bapa kamu (ayah kamu dan datuk sebelah ibu kamu), Saidina Zubair (radhiyallahu ‘anhu) dan Saidina Abu Bakar (radhiyallahu ‘anhu), adalah antara kumpulan Sahabat yang dibicarakan Allah Ta‘ala dalam ayat berikut berkenaan dengan perang Uhud.
الَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِلَّهِ وَالرَّسُولِ مِن بَعْدِ مَا أَصَابَهُمُ الْقَرْحُ ۚ لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا مِنْهُمْ وَاتَّقَوْا أَجْرٌ عَظِيمٌ
Orang-orang yang menyahut seruan Allah dan Rasul, walaupun setelah dicederakan, bagi orang-orang dalam kalangan mereka yang berbuat kebaikan dan menjauhkan diri dari kemungkaran adalah pahala yang besar.
Saidatina A’isyah (radhiyallahu ‘anha) menyebut dengan lebih lanjut , “Apabila kesusahan menimpa Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) pada Hari Uhud (disebabkan orang-orang kafir menyerang orang Islam dan melukai Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam)) dan apabila orang-orang kafir telah berangkat, Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam ) takut bahawa mereka akan kembali (dan cuba untuk menyerang kaum muslimin sekali lagi).
Maka, Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) membuat pengumuman, ” Siapakah yang akan mengejar mereka (orang-orang kafir)?”
Mendengar pengumuman ini, tujuh puluh Sahabat Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) menjawab panggilan tersebut dan pergi mengejar orang-orang kafir. (Orang-orang kafir berniat untuk kembali, tetapi apabila mendengar bahawa para Sahabat (radhiyallahu ‘anhum) telah datang mengejar mereka, mereka meninggalkan idea mereka untuk kembali dan melarikan diri). Di antara tujuh puluh sahabat itu ialah Saidina Abu Bakar (radhiyallahu ‘anhu) dan Saidina Zubair (radhiyallahu ‘anhu).” (Saheeh Bukhaari #4077, Fat-hul Baari 7/432)