
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: طلحة ممن قضى نحبه (أي ممن وفوا بعهدهم من الثبات في مواطن القتال والاستعداد لبذل النفوس للدين) (جامع الترمذي، الرقم: ٣٢٠٣)
Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) bersabda, “Talhah adalah di antara para Sahabat yang memenuhi janji mereka (untuk tetap teguh di medan perang dan bersedia mengorbankan nyawa mereka untuk agama).” (Jaami’ Tirmizi #3202)
Saidina Talhah (radhiyallahu ‘anhu) – Memenuhi Janji
Saidina Talhah (radhiyallahu ‘anhu) meriwayatkan:
Para Sahabat (radhiyallahu ‘anhum) pernah berkata kepada seorang Badwi, “Pergilah dan tanyakan kepada Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) akan siapakah yang dimaksudkan oleh Allah Ta’ala (dalam ayat Al-Quran Majeed berikut) ”di antara mereka (para Sahabat) adalah orang-orang yang memenuhi janji mereka (dengan Allah Ta’ala untuk tetap teguh di medan perang dan bersedia mengorbankan nyawa mereka untuk agama).'”
Para Sahabat (radhiyallahu ‘anhum) tidak mempunyai keberanian untuk bertanya kepada (Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) secara langsung) kerana rasa hormat dan takzim yang mendalam kepada baginda. (Maka, mereka meminta Badwi itu untuk bertanya kepada Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) bagi pihak mereka).
Apabila Badwi itu bertanya kepada Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam), Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) tidak menjawab. Badwi itu mengulangi soalan untuk kedua dan ketiga kalinya, tetapi Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) tetap diam.
Saidina Talhah (radhiyallahu ‘anhu) berkata:
Kemudian aku memasuki Masjid sambil memakai kurta hijau. Apabila Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) melihatku, baginda bersabda, “Manakah orang yang bertanya tentang (ayat yang menyebut) ‘orang-orang yang memenuhi janji mereka (dengan Allah Ta’ala untuk tetap teguh di medan perang dan bersedia mengorbankan nyawa mereka untuk agama)’?”
Badwi itu menjawab, “Aku lah orang yang bertanya itu, wahai Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam).”
Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) kemudian bersabda, “Orang ini (merujuk kepada Saidina Talhah (radhiyallahu ‘anhu)) adalah di antara orang-orang yang memenuhi janji mereka (dengan Allah Ta’ala untuk tetap teguh di medan perang dan bersedia mengorbankan nyawa mereka untuk agama).” (Jaami’ Tirmizi #3742)
Alislaam Usaha untuk Menghidupkan Agama secara keseluruhannya