عن أبي بكر رضي الله عنه قال: الصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم أمحق للخطايا من الماء للنار والسلام على النبي صلى الله عليه وسلم أفضل من عتق الرقاب وحبّ رسول الله صلى الله عليه وسلم أفضل من مهج الأنفس أو قال: من ضرب السيف في سبيل الله رواه النميري وابن بشكوال موقوفا (القول البديع صـــ 263)
Diriwayatkan bahawa Saidina Abu Bakar (radhiallahu anhu) berkata, “Berselawat ke atas Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam) menghapuskan dosa lebih cepat daripada air memadamkan api, dan berselawat ke atas Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam) lebih baik daripada membebaskan hamba sahaya. Cinta kepada Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam) lebih baik daripada bertarung di jalan Allah Ta’ala dan membunuh musuh.”
Keunggulan Malam berbanding Siang
Di dalam Nuzhatul Majaalis, telah diceritakan sebuah kisah yang menakjubkan tentang perdebatan yang berlaku antara malam dan siang, masing-masing cuba membuktikan kelebihannya terhadap satu sama lain.
Siang berkata kepada malam, “Aku lebih hebat daripada kamu. Tiga solat fardhu dikerjakan padaku manakala hanya dua solat pada kamu. Aku mempunyai waktu makbulnya doa pada hari Jumaat di mana tidak ada seorang pun yang meminta kepada Allah Ta’ala sesuatu melainkan ianya akan diberikan kepadanya. Puasa Ramadhan juga dilaksanakan padaku. Kamu hanyalah waktu untuk tidur dan waktu di mana orang tidak sedar. Aku disertai dengan keadaan berjaga dan aktiviti, dan terdapat keberkatan besar dalam menjadi cergas. Matahari juga terbit padaku dan membawa cahaya kepada seluruh dunia.”
Malam menjawab dengan berkata, “Jika kamu menyombongkan diri kerana matahari, maka aku mempertimbangkan
hati orang-orang yang berdiri dalam solat pada waktu malam dan hati orang-orang yang memikirkan hikmah di sebalik ciptaan Allah Ta’ala yang lebih hebat daripada matahari. Bagaimana engkau hendak mencapai kemuncak ekstasi yang dialami oleh kekasih ketika mereka bersendirian denganku? Bagaimana engkau boleh membandingkan dirimu dengan malam Mi’raaj? Apakah jawapanmu terhadap perintah Allah Ta’ala kepada Rasul-Nya ketika Dia berfirman, ‘Dan dari (sebahagian) malam, lakukanlah solat padanya sebagai ibadah tambahan untuk kamu. Allah Ta’ala telah menciptakanku sebelum kamu. Aku mengandungi Malam al-Qadr yang di dalamnya Allah Ta’ala memberikan nikmat yang tidak terhitung jumlahnya. Allah Ta’ala menyeru di akhir malam, ‘Apakah ada orang yang meminta kepada-Ku agar Aku limpahkan kepadanya? Adakah orang yang memohon ampunan agar Aku mengampuninya?’ Tidakkah kamu sedar bahawa Allah Ta’ala telah berfirman ‘Wahai orang yang berselimut, berdirilah (untuk bersolat) sepanjang malam, kecuali sedikit’. Tidakkah kamu mendengar Allah Ta’ala berfirman, ‘ Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa.”?”[1]
يَا رَبِّ صَلِّ وَسَلِّم دَائِمًا أَبَدًا عَلَى حَبِيبِكَ خَيرِ الْخَلْقِ كُلِّهِمِ
[1] نزهة المجالس 2/90