Pangkat Tinggi Nabi Ibrahim (alaihis salam)

Dari seluruh ciptaan, para Nabi (alaihimus salam) memiliki tingkat Islam yang paling tinggi. Mereka dipilih oleh Allah Ta’ala) untuk membimbing umat manusia dan diutus ke dunia untuk mengajarkan manusia akan bagaimana hidup sebagai Muslim yang benar dan lurus.

Setiap Nabi adalah perwujudan dan personifikasi Islam yang sempurna. Namun, dari semua Nabi (alaihimus salam), Nabi yang diberi Allah Ta’ala tingkat Islam yang paling tinggi adalah Rasul kita, Nabi Muhammad Mustafa (sallallahu alaihi wasallam).

Oleh itu, dari seluruh galaksi Nabi-nabi (alaihimus salam), Nabi Muhammad (sallallahu alaihi wasallam) adalah Rasul dan Nabi yang paling agung. Baginda adalah puncak ciptaan Allah Ta’ala dan yang paling dicintai oleh Allah Ta’ala.

Selepas Rasul kita, Nabi Muhammad Mustafaa (sallallahu alaihi wasallam), Nabi yang kedua dalam peringkat – yang memiliki tingkat Islam yang paling tinggi selepas Nabi Muhammad Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) adalah Nabi Ibrahim (alaihis salam).

Allaamah Suyuti (rahimahullah) menyebutkan bahawa semua Ulama bersepakat bahawa selepas peringkat Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) adalah peringkat Nabi Ibrahim (alaihis salam).

Selepas Nabi Ibrahim (alaihis salam), para Ulama menerangkan bahawa ianya sama ada Nabi Musa (alaihis salam), Nabi Isa (alaihis salam) atau Nabi Nuh (alaihis salam) yang berada di darjat yang seterusnya. Akan tetapi, tiada kesepakatan berkenaan dengan yang mana satu kah diantara mereka bertiga yang berada di tangga ketiga. Namun begitu, selepas ketiga-tiga Nabi ini (iaitu Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Nuh (alaihimus salam)), kedudukan semua Nabi-nabi yang lain akan datang tanpa apa-apa pengkhususan darjat mereka. (Tafsir Ibnu Kathir 5/88, Itmaamud Diraayah m/s 17)

Allah Ta’ala memuji Nabi Ibrahim (alaihis salam) kerana sifat-sifatnya yang indah dan agung dalam banyak ayat Al-Quran. Berikut adalah beberapa sifat terpuji Nabi Ibrahim (alaihis salam) yang disebutkan di dalam Al-Quran.

Sifat-sifat Terpuji Nabi Ibrahim (alaihis salam)

Mempunyai Sifat-sifat Terpuji satu Umat

Nabi Ibrahim (alaihis salam) memiliki sifat-sifat terpuji satu umat dan selalu taat kepada Allah Ta’ala.

Allah Ta’ala berfirman:

إِنَّ إِبْرَاهِيمَ كَانَ أُمَّةً قَانِتًا لِّلَّهِ حَنِيفًا وَلَمْ يَكُ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

“Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang imam (pemimpin) yang taat kepada Allah, lagi hanif (lurus imannya), dan tidaklah dia termasuk orang-orang yang musyrik.” (Surah Nahl, 16:120)

Sentiasa Bersyukur kepada Allah Ta’ala atas Nikmat-Nya

Nabi Ibrahim (alaihis salam) sentiasa bersyukur kepada Allah Ta’ala atas nikmat yang ‎diberikan kepadanya dalam agama dan dunia.

Allah Ta’ala menyebutkan ‎kesyukurannya, dan bagaimana Allah Ta’ala telah memilihnya dan membimbingnya ‎ke jalan yang lurus.‎

Allah Ta’ala berfirman:

شَاكِرًا لِّأَنْعُمِهِ ۚ اجْتَبَاهُ وَهَدَاهُ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ ‎﴿١٢١﴾

(Dia) adalah orang yang bersyukur atas kurniaanNya (iaitu nikmat-nikmat Allah Ta’ala) Allah Ta’ala telah memilihnya dan membimbingnya ke jalan yang lurus (Surah an Nahl ayat 121)

Diberi Nikmat dan Kebaikan di Dunia

Allah Ta’ala menjelaskan bagaimana Dia telah memberikan Nabi Ibrahim (alaihis salam) nikmat dan kebaikan di dunia, dan menetapkan bahawa baginda akan menjadi salah satu hamba yang terpilih di Akhirat.

Allah Ta’ala berfirman:

وَآتَيْنَاهُ فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً ۖ وَإِنَّهُ فِي الْآخِرَةِ لَمِنَ الصَّالِحِينَ ‎﴿١٢٢﴾

Kami kurniakan kepadanya kebaikan di dunia, dan sesungguhnya, di Akhirat, dia akan berada dalam kalangan orang yang soleh (Surah an Nahl ayat 122)

Diberi Kepemimpinan selepas Lulus Semua Ujian

Nabi Ibrahim (alaihis salam) diuji oleh Allah Ta’ala dengan berbagai ujian dan cubaan, dan baginda lulus semua ujian itu dengan sempurna. Oleh itu, Allah Ta’ala memberinya kedudukan tinggi dan amanah kepimpinan.

Allah Ta’ala berfirman:

وَإِذِ ابْتَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ ۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا ۖ

Dan (ingatlah) apabila Tuhannya menguji Nabi Ibrahim (alaihis salam) dengan pelbagai arahan, lalu dia menyempurnakan kesemuanya (iaitu dia lulus semua ujian itu). Dia (Allah Ta’ala) berkata, “Aku jadikan engkau pemimpin manusia.” (Surah Baqarah ayat 124)

Semak juga

Warisan zuriat yang soleh

Ayah Nabi Yunus (alaihis salam) adalah seorang yang soleh bernama Mattaa. Dia dan isterinya, untuk …