حدثني عبد الله بن عيسى سمع عبد الرحمن بن أبي ليلى قال: لقيني كعب بن عجرة فقال: ألا أهدي لك هدية سمعتها من النبي صلى الله عليه وسلم فقلت: بلى فأهدها لي فقال: سألنا رسول الله صلى الله عليه وسلم فقلنا: يا رسول الله كيف الصلاة عليكم أهل البيت فإن الله قد علمنا كيف نسلم عليكم قال: قولوا: اللهم صل على محمد وعلى آل محمد كما صليت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم إنك حميد مجيد اللهم بارك على محمد وعلى آل محمد كما باركت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم إنك حميد مجيد (صحيح البخاري، الرقم: ٣٣٧٠)
Saidina Abu Rahman bin Abi Layla (radhiallahu anhu) meriwayatkan:
Pada suatu ketika, Saidina Ka’b bin Ujrah (radhiallahu anhu) menemuiku dan berkata, “Mahukah kamu, aku memberi hadiah yang aku dengar daripada Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam)?” Aku menjawab, “Ya memang! Tolong berikan kepadaku!” Dia kemudian berkata, “Suatu hari, kami bertanya kepada Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) Wahai Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) ! Bagaimana seharusnya kami membaca selawat ke atas kamu? Sesungguhnya Allah Ta’ala telah mengajar kami cara berselawat ke atas kamu.” Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) menjawab, “Bacalah selawat berikut:
اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى مُحَمَّدٍ وَعَلٰى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلٰى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلٰى آلِ إِبْرَاهِيْمَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ اَللّٰهُمَّ بَارِكْ عَلٰى مُحَمَّدٍ وَعَلٰى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلٰى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلٰى آلِ إِبْرَاهِيْمَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ
Ya Allah Ta’ala limpahkan rahmat-Mu kepada Muhammad (sallallahu alaihi wasallam) dan keluarga Muhammad (sallallahu alaihi wasallam) sebagaimana Engkau limpahkan rahmat-Mu kepada Ibrahim (alaihi salam) dan keluarga Ibrahim (alaihi salam). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia.Ya Allah Ta’ala limpahkanlah selawat ke atas Muhammad (sallallahu alaihi wasallam) dan keluarga Muhammad (sallallahu alaihi wasallam) sebagaimana Engkau telah limpahkan rahmat-Mu atas Ibrahim (alaihi salam) dan keluarga Ibrahim (alaihi salam). Sesungguhya Engkaulah yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia.
Pengarang Dalaa’ilul Khairaat
Disebutkan mengenai pengarang Dalaa’ilul Khairaat bahawa dia pernah bermusafir. Dalam perjalanan, beliau memerlukan air untuk berwudhu. Selepas itu, beliau terjumpa sebuah perigi, akan tetapi kerana tidak mempunyai baldi dan tali, beliau tidak dapat mengeluarkan air dari perigi itu. Oleh kerana bimbang dengan solatnya, beliau menjadi sangat risau.
Semasa berada dalam keadaan ini, seorang gadis muda (yang belum baligh) melihatnya dan datang kepadanya. Dia bertanya kepadanya tentang apa masalahnya, dan beliau menjelaskan kepadanya masalah tersebut. Gadis muda itu segera meludah ke dalam perigi tersebut di mana air naik ke puncak perigi dengan sendirinya.
Menyaksikan keajaiban yang dilakukan oleh gadis muda itu, beliau terkejut dan bertanya kepada gadis itu, “Bagaimanakah kamu melakukan keajaiban ini?” Gadis itu menjawab, “Ini adalah melalui berkat selawat yang telah saya bacakan kepada Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ .” Keajaiban inilah yang telah mendorongnya untuk menulis kitab Dalaa’ilul Khairaat.[1]
Allaamah Zardaq رحمة الله melaporkan bahawa setelah kematian pengarang Dalaa’ilul Khairaat, bau harum kasturi dan ambar keluar dari kubur. Ini adalah kerana berkat selawat.[2]
[1] مقدمة دلائل الخيرات صـ 14
[2] فضائل درود صـ 153