Saidina Umar (radiyallahu ‘anhu) Bersaksi Akan Keutamaan Besar Saidina Bilal ‎‎(radiyallahu ‘anhu)‎

كان سيدنا عمر رضي الله عنه يقول: أبو بكر سيدنا، وأعتق سيدنا يعني بلالا (صحيح البخاري، الرقم: 3754)

​Saidina Umar (radiyallahu ‘anhu) pernah berkata, “Abu Bakr (radiyallahu ‘anhu) ialah pemimpin kami, dan beliau telah memerdekakan pemimpin kami (iaitu Bilal (radiyallahu ‘anhu)).” (Sahih Bukhari #3754)

Saidina Bilal (radiyallahu ‘anhu) Mengumandangkan Azan di Syam

​Semasa Saidina ‘Umar (radiyallahu ‘anhu) bermusafir ke Baitulmuqaddas pada zaman pemerintahan Khilafah beliau, beliau telah melawat Jaabiyah (sebuah tempat di Syam). Semasa beliau berada di Jaabiyah, orang ramai datang menemui beliau dan bertanya sekiranya beliau boleh meminta Saidina Bilal (radiyallahu ‘anhu) – yang ketika itu menetap di Syam – untuk mengumandangkan azan bagi mereka, memandangkan beliau merupakan muazin Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) di Madinah Munawwarah.

​Saidina ‘Umar (radiyallahu ‘anhu) lalu meminta Saidina Bilal (radiyallahu ‘anhu) untuk mengumandangkan azan, dan beliau terus bersetuju.

​Sebaik sahaja Saidina Bilal (radiyallahu ‘anhu) mula mengumandangkan azan, orang ramai serta-merta teringat akan zaman Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) yang penuh keberkatan ketika Saidina Bilal (radiyallahu ‘anhu) melaungkan azan di Madinah Munawwarah. Perkara ini telah menyebabkan mereka menangis teresak-esak akibat kesedihan dan kesayuan atas perpisahan (kewafatan) Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) dari dunia ini.

​Menggambarkan betapa mendalamnya kesedihan dan kesayuan orang ramai pada ketika itu, Seorang tabi’in, Aslam (rahimahullah), iaitu hamba kepada Saidina ‘Umar (radiyallahu ‘anhu) yang telah dimerdekakan, menceritakan, “Aku tidak pernah melihat orang ramai menangis pada mana-mana hari melebihi tangisan yang aku lihat pada hari tersebut.” (Siyar A‘lam an-Nubala’ 3/222, Sharh az-Zarqani 5/71)

Semak juga

Sayyidina Bilal (radhiyallahu ‘anhu) – Muazzin Pertama dalam Islam

ذكر العلامة ابن الأثير رحمه الله أن سيدنا بلالا رضي الله عنه كان أول من …