Sunnah sunnah Dan adab adab bulan Ramadhan – 1

1. Mulakan persiapan untuk bulan Ramadan dari awal. Sesetengah orang soleh terdahulu, mereka Mulakan persiapan enam bulan sebelum Ramadan.

2. Apabila bulan Rejab bermula, bacalah doa berikut:

اَللّٰهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَّشَعْبَان وَبَلِّغْنَا رَمَضَان

  “Ya Allah! Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sha’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan”

عن أنس رضي الله عنه قال: كان النبي صلى الله عليه وسلم إذا دخل رجب قال: اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان (شعب الايمان، الرقم: 3815)

Sayyidina Anas (radhiallahu anhu) meriwayatkan bahawa apabila bulan Rejab bermula, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam akan membaca doa berikut, “Ya Allah! Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sha’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.”[1]

3. Buat jadual dan tetapkan masa untuk beribadat seperti membaca Quran Kareem dll. Dengan membuat perancangan dan menepati waktu, kamu akan dapat mengelak daripada membazir waktu-waktu yang berharga di bulan Ramadhan.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: من صام رمضان وعرف حدوده وتحفظ مما ينبغي له أن يتحفظ كفر ما قبله (صحيح ابن حبان، الرقم: 3433)[2]

Sayyidina Abu Sa’ed Khudri radhiallahu anhu meriwayatkan bahawa Nabi sallallhu alaihi wasallam telah bersabda, “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, mengakui (dan menghormati) had dan batas-batasnya dan memastikan yang dia menunaikan hak-hak Ramadhan yang sepatutnya dia tunaikan, semua dosanya yang lalu akan diampunkan.”

4. Jika seseorang mempunyai apa-apa hak yang tidak ditunaikan berhubung dengan Pencipta (seperti solat qadha, puasa, zakat yang tidak dibayar dll) ataupun berhubung dengan makhluk (seperti menzalimi seseorang, menyakiti seseorang ataupun mempunyai hutang yang tidak dilangsaikan), maka sebelum bulan  Ramadhan bermula, dia perlu mengatur urusannya dengan menunaikan segala hak hak dan kewajipan yang tidak ditunaikan.Dengan melakukan sedemikian, dia akan mampu untuk mendapatkan keberkatan yang penuh di bulan Ramadhan.

5. Cuba perlahan lahan tambahkan ibadat kamu dari sebelum Ramadhan dan tetapkan rutin harian untuk ibadat supaya ianya akan menjadi senang untuk melaksanakan ibadat pada bulan Ramadhan.

6. Sibukkan diri dengan memperbanyakkan Istighfar dan Dua dari sebelum Ramadhan.

7. Cuba habiskan semua kerja-kerja dan tugasan yang perlu sebelum Ramadhan supaya semua masamu boleh didedikasikan dan ditumpukan untuk beribadah.

عن عبادة بن الصامت رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال يوما وحضر رمضان أتاكم رمضان شهر بركة يغشاكم الله فيه فينزل الرحمة ويحط الخطايا ويستجيب فيه الدعاء ينظر الله تعالى إلى تنافسكم فيه ويباهي بكم ملائكته فأروا الله من أنفسكم خيرا فإن الشقي من حرم فيه رحمة الله عز وجل (مسند الشاميين للطبراني، الرقم: 2238)[3]

Sayyidina Ubadah bin Saamit (radhiyallahu anhu) memberitahu bahawa pada suatu ketika, sebelum Ramadhan, Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) telah berkata kepada sahabat radhiyallahu anhum, “Ramadhan hampir datang kepadamu. Ramadhan adalah bulan keberkatan. Di dalam bulan ini, Allah Ta’ala menumpukan rahmat khasNya kepadamu, mengampunkan dosa-dosamu dan menerima doa-doa dan permintaanmu. Allah Ta’ala melihat persainganmu antara satu sama lain dalam malakukan amal kebaikan di dalam Ramadhan (untuk menggembirakanNya) dan bermegah tentang kamu kapada para malaikatNya. Maka, tunjukkanlah kepada Allah Ta’ala usahamu untuk kesolehan dan ketakwaan, kerana sesungguhnya orang yang paling malang adalah orang yang dihalang daripada rahmat Allah Ta’ala di dalam bulan yang berkat ini.”


[1] قال الإمام النووي رحمه الله: في إسناده ضعف (الأذكار، الرقم: 549)

[2] وقد ذكره المنذري في الترغيب والترهيب (الرقم: 1474) بلفظة “عن” إشارة إلى كونه صحيحا أو حسنا أو ما قاربهما عنده كما بين أصله في مقدمة كتابه 1/50)

[3] قال المنذري في الترغيب، الرقم: 1490: رواه الطبراني ورواته ثقات إلا أن محمد بن قيس لا يحضرني فيه جرح ولا تعديل

Semak juga

Sunnah sunnah Dan adab adab bulan Ramadhan- 2

8. Dengan hampirnya ramadhan dan juga semasa ramadhan, seseorang haruslah membaca Dua berikut: اَللّٰهُمَّ سَلِّمْنِيْ …