Sunnah sunnah Dan adab adab bulan Ramadhan- 2

8. Dengan hampirnya ramadhan dan juga semasa ramadhan, seseorang haruslah membaca Dua berikut:

اَللّٰهُمَّ سَلِّمْنِيْ لِرَمَضَانَ وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِيْ وَسَلِّمْهُ لِيْ مُتَقَبَّلًا

Wahai Allah peliharalah aku untuk bulan Ramadhan (dengan jadikan aku melihat bulan Ramadhan dalam keadaan sihat dan cergas supaya aku dapat memperolehi faedah yang maksimum darpadanya), dan peliharalah bulan Ramadhan untukku(dengan jadikan suasana di dalamnya satu suasana yang mana aku dapat memperolehi faedah yang maksimum daripadanya), dan terimalahnya daripadaku.

عن عبادة بن الصامت قال كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يعلمنا هؤلاء الكلمات إذا جاء رمضان اللهم سلمني لرمضان وسلم رمضان لي وسلمه لي متقبلا (الدعاء للطبراني، الرقم: 913)[1]

Saidina Ubaadah Bin Saamit meriwayatkan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) akan mengajar Sahaabah (Radhiallahum) Dua yang disebut atas pada pendekatan Ramadhan.

9. Jadikan tabiat melakukan amal kebaikan di bulan Ramadhan dan tinggalkan tabiat melakukan amal keburukkan dan dosa-dosa.

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا كان أول ليلة من شهر رمضان صفدت الشياطين ومردة الجن وغلقت أبواب النار فلم يفتح منها باب وفتحت أبواب الجنة فلم يغلق منها باب وينادي مناد يا باغي الخير أقبل ويا باغي الشر أقصر ولله عتقاء من النار وذلك كل ليلة (سنن الترمذي، الرقم: 682

Sayyidina Abu Hurairah (radhiyallahu anhu) meriwayatkan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) telah bersabda, ” Apabila masuknya malam pertama bulan Ramadhan, syaitan-shaitan dan jin-jin yang derhaka dibelenggu, pintu-pintu neraka ditutup dan tiada satu pintu pun yang dibuka selepas itu (semasa Ramadhan), pintu-pintu syurga dibuka dan tiada satu pintu pun yang ditutup selepas itu (semasa Ramadhan), dan seorang pemanggil akan melaungkan, “Wahai orang yang mencari kesolehan dan kebaikkan, majulah! Wahai orang yang mencari kejahatan, jauhkan dirimu (daripada kejahatanmu)! Dan Allah akan membebaskan ramai orang daripada neraka Jahannam dan ini berlaku pada setiap malam sepanjang bulan Ramadhan.

10. Jikalau kamu berupaya untuk menyediakan makanan berbuka puasa bagi orang yang berpuasa, maka buatlah sedemikian, walaupun dengan memberinya sebiji kurma untuk membuka puasanya.

عن زيد بن خالد الجهني قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من فطر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا (سنن الترمذي، الرقم: 807، وقال: هذا حديث حسن صحيح)

Saidina Zaid Bin Khaalid Al-Juhani Radhiallahu meriwayatkan bahawasanya Rasulullah sallallahu alaihi wasallam telah bersabda,”sesiapa yang telah menyediakanq makanan untuk orang yang berpuasa, maka dia akan memperolehi ganjaran yang sama seperti dia (orang yang berpuasa) peroleh, tanpa ganjaran orang yang berpuasa berkurangan sedikitpun.

11. Luangkan masa bersama dengan hamba Allah Ta’ala yang soleh untuk mendapatkan faedah yang maksimum daripada bulan Ramadhan.

12. Jauhkan diri daripada segala jenis benda yang haram ataupun yang mempunyai keraguan, sama ada ianya adalah makanan, perbuatan, percakapan, dll.

13. Berpuasa di bulan Ramadhan adalah satu ibadah yang amat besar.Oleh itu, ketika berpuasa, seseorang itu perlulah memastikan yang dia tidak melibatkan dirinya dalam apa-apa perbuatan maksiat yang akan menyebabkan pahala puasa hilang.Begitu jugalah seseorang itu haruslah menjauhkan diri daripada terlibat dalam apa-apa perbuatan yang ‘la ya’ni’ semasa berpuasa (seperti cakap kosong, usaha yang sia-sia dan perbuatan yang sia-sia dll.).

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم رب صائم ليس له من صيامه إلا الجوع ورب قائم ليس له من قيامه إلا السهر (سنن ابن ماجة، الرقم: 1690)

Sayyidina Abu Hurairah (radhiyallahu anhu) meriwayatkan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) telah bersabda, “Ramai orang yang berpuasa ,akan tetapi tidak mendapat apa-apa pun daripada puasa tersebut kecuali kelaparan, dan ramai orang yang bersolat pada waktu malam, akan tetapi, mereka tidak mendapat apa-apa pun daripadanya kecuali ketidakselesaan berjaga pada waktu malam.”

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من لم يدع قول الزور والعمل به فليس لله حاجة في أن يدع طعامه وشرابه (صحيح البخاري، الرقم: 1903)

Sayyidina Abu Hurairah (radhiyallahu anhu) meriwayatkan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) telah bersabda,”Orang yang tidak meninggalkan percakapan dan perbuatan yang tidak tahu malu (semasa berpuasa), Allah Taa’la tidak memerlukannya untuk meninggalkan makan dan minum.”

14. Semasa berpuasa, seseorang itu perlulah menjauhkan diri daripada pertengkaran dan pergaduhan. Jika ada yang ingin terlibat dalam pertengkaran dengan seorang yang berpuasa, maka dengan hormatnya dia perlulah berkata kepadanya “Saya sedang berpuasa “(maksudnya ianya tidak sesuai bagi orang yang berpuasa untuk melibatkan dirinya dalam pertengkaran dan pergaduhan).

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم وإذا كان يوم صوم أحدكم فلا يرفث ولا يصخب فإن سابه أحد أو قاتله فليقل إني امرؤ صائم (صحيح البخاري، الرقم: 1904)

Sayyidina Abu Hurairah (radhiallahu anhu) meriwayatkan bahasanya Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) bersabda,”Apabila seorang daripada kamu sedang berpuasa, maka dia tidak sepatutnya melibatkan dirinya didalam percakapan yang lucah mahupun dalam pertengkaran. Jika ada yang menggunakan bahasa kasar ataupun memaki pada orang yang berpuasa ataupun dia bergaduh dengannya, maka (dengan hormatnya) dia perlulah berkata,” saya sedang berpuasa “.


[1] وسنده حسن كما في كنر العمال، الرقم: 24277

Semak juga

Sunnah sunnah Dan adab adab bulan Ramadhan – 1

1. Mulakan persiapan untuk bulan Ramadan dari awal. Sesetengah orang soleh terdahulu, mereka Mulakan persiapan …