3. Buat jadual dan tetapkan masa untuk beribadat seperti membaca Quran Kareem dll. Dengan membuat perancangan dan menepati waktu, kamu akan dapat mengelak daripada membazir waktu-waktu yang berharga di bulan Ramadhan.
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: من صام رمضان وعرف حدوده وتحفظ مما ينبغي له أن يتحفظ كفر ما قبله (صحيح ابن حبان، الرقم: 3433)[1]
Sayyidina Abu Sa’ed Khudri radhiallahu anhu meriwayatkan bahawa Nabi sallallhu alaihi wasallam telah bersabda, “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, mengakui (dan menghormati) had dan batas-batasnya dan memastikan yang dia menunaikan hak-hak Ramadhan yang sepatutnya dia tunaikan, semua dosanya yang lalu akan diampunkan.”
4. Jika seseorang mempunyai apa-apa hak yang tidak ditunaikan berhubung dengan Pencipta (seperti solat qadha, puasa, zakat yang tidak dibayar dll) ataupun berhubung dengan makhluk (seperti menzalimi seseorang, menyakiti seseorang ataupun mempunyai hutang yang tidak dilangsaikan), maka sebelum bulan Ramadhan bermula, dia perlu mengatur urusannya dengan menunaikan segala hak hak dan kewajipan yang tidak ditunaikan.Dengan melakukan sedemikian, dia akan mampu untuk mendapatkan keberkatan yang penuh di bulan Ramadhan.
[1] وقد ذكره المنذري في الترغيب والترهيب (الرقم: 1474) بلفظة “عن” إشارة إلى كونه صحيحا أو حسنا أو ما قاربهما عنده كما بين أصله في مقدمة كتابه 1/50)