15. Semasa Ramadhan, cuba maksimumkan dalam membuat amal soleh.Telah diriwayatkan di dalam Hadith bahawa apa-apa ibadah sunnat yang dilaksanakan di dalam bulan Ramadhan, seseorang itu akan mendapat pahala membuat amalan fardhu, dan pahala amalan fardhu yang dikerjakan di dalam Ramadhan digandakan sebanyak 70 kali.
عن سلمان رضي الله عنه قال خطبنا رسول الله صلى الله عليه وسلم في آخر يوم من شعبان … من تقرب فيه بخصلة من الخير كان كمن أدى فريضة فيما سواه ومن أدى فريضة فيه كان كمن أدى سبعين فريضة فيما سواه
Sayyidina Salmaan (radhiyallahu anhu) meriwayatkan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) telah menyampaikan khutbah pada hari terakhir bulan Sya’ban (dimana baginda telah bersabda), “Orang yang mendekatkan diri kepada Allah Taa’la dengan mengerjakan apa-apa amalan sunnat, dia akan mendapat pahala yang sama dengan pahala orang yang mengerjakan amalan fardhu pada waktu lain. Orang yang mengerjakan amalan fardhu semasa bulan ini akan memperoleh pahala orang yang melakukan 70 amalan fardhu pada waktu lain.”
16. Pastikan yang kamu melaksanakan solat Teraweh sebanyak 20 rakaat pada setiap malam. Solat Teraweh adalah satu ibadah sunnat yang dituntut.Pada zaman Sayyidina Umar (radhiyallahu anhu), semua para sahabat (radhiyallahu anhum) mempunyai kesepakatan dalam melaksanakan 20 rakaat solat Teraweh. Paling kurang, cuba habiskan satu khatam Quran Majeed di dalam solat Teraweh.
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه (صحيح البخاري، الرقم: 37)
Sayyidina Abu Hurairah (radhiyallahu anhu) meriwayatkan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) telah bersabda,” Barangsiapa yang berdiri di dalam solat Teraweh dengan Iman (keimanan yang sempurna) dan mengharapkan ganjaran, maka semua dosanya ( kecil) yang lalu akan diampunkan.”
عن أبى الحسناء أن علي بن أبي طالب أمر رجلا أن يصلي بالناس خمس ترويحات عشرين ركعة – باب ما روي في عدد ركعات القيام في شهر رمضان (السنن الكبرى للبيهقي، الرقم: 4805)
Abul Hasnaa (rahimahullah) berkata, ” Sayyidina Ali (radhiyallahu anhu) telah melantik seseorang untuk melaksanakan 20 rakaat solat Teraweh bersama orang- orang semasa Ramadhan.”
عن الأعمش عن زيد بن وهب قال كان عبد الله بن مسعود يصلي لنا في شهر رمضان فينصرف عليه ليل قال الأعمش كان يصلي عشرين ركعة ويوتر بثلاث (عمدة القاري 11/127)
A’amash (rahimahullah) berkata, “Semasa bulan Ramadhan, Sayyidina Abdullah bin Mas’ud (radhiyallahu anhu) sering mengimamkan solat Teraweh untuk orang lain. Beliau sering melaksanakan 20 rakaat solat Teraweh dan 3 rakaat solat Witr.”
روى البيهقي بإسناد صحيح انهم كانوا يقيمون على عهد عمر بعشرين ركعة وعلى عهد عثمان وعلي (عمدة القاري 5/267)
Imam Baihaqi (rahimahullah) berkata, ” Para sahabat Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) yang tersohor akan melaksanakan 20 rakaat solat Teraweh semasa khilafah Sayyidina Umar, Uthmaan dan Ali (radhiyallahu anhum).”
17. Perbanyakkan empat amalan di bulan Ramadhan:
(a) Bacaan kalimah ‘laa ilaaha illallah’
(b) Istighfaar
(c) Memohon dimasukkan ke dalam syurga
(d) Memohon perlindungan daripada neraka
عن سلمان رضي الله عنه قال خطبنا رسول الله صلى الله عليه و سلم في آخر يوم من شعبان… واستكثروا فيه من أربع خصال خصلتين ترضون بهما ربكم وخصلتين لا غناء بكم عنهما فأما الخصلتان اللتان ترضون بهما ربكم فشهادة أن لا إله إلا الله وتستغفرونه وأما الخصلتان اللتان لا غناء بكم عنهما فتسألون الله الجنة وتعوذون به من النار
Sayyidina Salmaan (radhiyallahu anhu) meriwayatkan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) telah menyampaikan khutbah pada hari terakhir bulan Sya’ban (dimana baginda telah bersabda), ” Dan (di dalam bulan ini,) kerjakanlah empat amalan dengan banyak. Dua amalan adalah untuk menggembirakan Tuhanmu dan dua amalan adalah suatu amalan yang mana kamu tidak mampu melakukannya tanpanya. Dua amalan yang akan menggembirakan Tuhanmu adalah bacaan kalimah ‘laa ilaaha illallah’ dan memohon keampunanNya. Dua amalan yang kamu tidak mampu melakukannya tanpanya adalah meminta Allah Taa’la untuk dimasukkan ke dalam syurga, dan memohon perlepasan daripada api neraka.”
18. Perbanyakkan doa semasa Ramadhan. Doa orang yang berpuasa itu mudah diterima, terutamanya doa yang dibuat sebelum berbuka puasa.
عن أبي هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ثلاثة لا ترد دعوتهم الصائم حتى يفطر والإمام العادل ودعوة المظلوم يرفعها الله فوق الغمام ويفتح لها أبواب السماء ويقول الرب وعزتي لأنصرنك ولو بعد حين (سنن الترمذي، الرقم: 3598)
Sayyidina Abu Hurairah (radhiyallahu anhu) meriwayatkan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) telah bersabda, ” Ada tiga golongan manusia yang doanya tidak ditolak; orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa , pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi yang mana Allah Taa’la mengangkatnya di atas awan dan Dia membuka pintu – pintu syurga untuknya. Allah Taa’la berkata, ” Demi kehormatanKu, sesungguhnya Aku akan membantumu, walaupun mungkin selepas beberapa lama.”
عن عمرو بن شعيب عن أبيه عن جده قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول للصائم عند إفطاره دعوة مستجابة وكان عبد الله بن عمرو إذا أفطر دعا أهله وولده ودعا (شعب الايمان، الرقم: 3624)
Sayyidina Abdullah bin Amr (radhiyallahu anhuma) meriwayatkan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) telah bersabda, ” Pada waktu berbuka, doa orang yang berpuasa akan diterima”. Oleh itu, Abdullah bin Amr (radhiyallahu anhuma) akan memanggil keluarga dan anak – anaknya pada waktu berbuka dan berdoa.
19. Bulan Ramadhan dikenali sebagai bulan Al-Quran.Maka seseorang perlulah membaca Quran sebanyak yang mungkin. Seseorang yang hafiz itu perlulah membaca lebih daripada orang yang tidak hafiz.
20. Jadilah orang yang pemurah di bulan Ramadhan. Nabi (sallallahu alaihi wasallam) akan menjadi lebih pemurah di dalam bulan Ramadhan dibandingkan dengan bulan -bulan yang lain.
عن ابن عباس رضي الله عنهما قال كان رسول الله صلى الله عليه وسلم أجود الناس وكان أجود ما يكون في رمضان حين يلقاه جبريل وكان يلقاه في كل ليلة من رمضان فيدارسه القرآن فلرسول الله صلى الله عليه وسلم أجود بالخير من الريح المرسلة (صحيح البخاري، الرقم: 6)
Sayyidina Ibnu Abbas (radhiyallahu anhuma) meriwayatkan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) adalah orang yang paling pemurah. Baginda akan mencecah ke kemuncak kemurahan hatinya di dalam bulan Ramadhan apabila Jibreel (alaihi salam) datang berjumpa baginda (untuk mengulang al Quran). Jibreel (alaihi salam) akan berjumpa dengan baginda pada setiap malam pada bulan Ramadhan dimana mereka berdua akan membaca Al Quran kepada satu sama lain. Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) adalah lebih pemurah daripada angin (yang bermanfaat) yang bertiup (angin tersebut dikenali sebagai angin yang tiada sempadan dan sampai ke semua tempat, makanya, kemurahan hati Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) malah melebihi had angin tersebut dalam menunjukkan rasa cinta dan sayang kepada makhluk.)
21. Terdapat banyak barakah dalam bersahur. Maka seseorang perlulah melaksanakan sunnah bersahur sebelum bermula berpuasa.
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم السحور اكله بركة فلا تدعوه ولو أن يجرع أحدكم جرعة من ماء فإن الله عز وجل وملائكته يصلون على المتسحرين (مسند أحمد، الرقم: 11086)
Saidina Abu sa’eed Khudri (radhiallahu anhu) meriwayatkan bahawasanya Rasulullah (sallallahu alaihi salam) bersabda,”sahur mengandungi banyak barakah. Maka,janganlah meninggalkan sunnah bersahur, mahupun seseorang hanya mampu untuk meminum satu teguk air pada waktu sahur (maksudnya seseorang perlulah melakukannya untuk melaksanakan sunnah bersahur). Sesungguhnya, Allah Ta’ala melimpahkan rahmatnya yang khusus ke atas orang orang yang bangun untuk bersahur dan malaikat malaikat berdua untuk mereka. “
وعن عمرو بن العاص رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم فصل ما بين صيامنا وصيام أهل الكتاب أكلة السحر (صحيح مسلم، الرقم: 1096)
Saidina Amr Bin Aas (radhiallahu) bersabda bahawasanya saidina Rasulullah (sallallahu alaihi salam) bersabda,” Perbezaan diantara puasa kami dan puasa ahli kitab(orang orang yahudi dan nasrani) adalah bersahur.
Alislaam Usaha untuk Menghidupkan Agama secara keseluruhannya