Sunnah sunnah Dan adab adab bulan Ramadhan -6

16. Pastikan yang kamu melaksanakan solat Teraweh sebanyak 20 rakaat pada setiap malam. Solat Teraweh adalah satu ibadah sunnat yang dituntut.Pada zaman Sayyidina Umar (radhiyallahu anhu), semua para sahabat (radhiyallahu anhum) mempunyai kesepakatan dalam melaksanakan 20 rakaat solat Teraweh. Paling kurang, cuba habiskan satu khatam Quran Majeed di dalam solat Teraweh.

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه (صحيح البخاري، الرقم: 37)

Sayyidina Abu Hurairah (radhiyallahu anhu) meriwayatkan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) telah bersabda,” Barangsiapa yang berdiri di dalam solat Teraweh dengan Iman (keimanan yang sempurna) dan mengharapkan ganjaran, maka semua dosanya ( kecil) yang lalu akan diampunkan.”

عن أبى الحسناء أن علي بن أبي طالب أمر رجلا أن يصلي بالناس خمس ترويحات عشرين ركعة – باب ما روي في عدد ركعات القيام في شهر رمضان (السنن الكبرى للبيهقي، الرقم: 4805)

Abul Hasnaa (rahimahullah) berkata, ” Sayyidina Ali (radhiyallahu anhu) telah melantik seseorang untuk melaksanakan 20 rakaat solat Teraweh bersama orang- orang semasa Ramadhan.”

عن الأعمش عن زيد بن وهب قال كان عبد الله بن مسعود يصلي لنا في شهر رمضان فينصرف عليه ليل قال الأعمش كان يصلي عشرين ركعة ويوتر بثلاث (عمدة القاري 11/127)

A’amash (rahimahullah) berkata, “Semasa bulan Ramadhan, Sayyidina Abdullah bin Mas’ud (radhiyallahu anhu) sering mengimamkan solat Teraweh untuk orang lain. Beliau sering melaksanakan 20 rakaat solat Teraweh dan 3 rakaat solat Witr.”

روى البيهقي بإسناد صحيح انهم كانوا يقيمون على عهد عمر بعشرين ركعة وعلى عهد عثمان وعلي (عمدة القاري 5/267)

Imam Baihaqi (rahimahullah) berkata, ” Para sahabat Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) yang tersohor akan melaksanakan 20 rakaat solat Teraweh semasa khilafah Sayyidina Umar, Uthmaan dan Ali (radhiyallahu anhum).”

17. Perbanyakkan empat amalan di bulan Ramadhan:

(a) Bacaan kalimah ‘laa ilaaha illallah’

(b) Istighfaar

(c) Memohon dimasukkan ke dalam syurga

(d) Memohon perlindungan daripada neraka

عن سلمان رضي الله عنه قال خطبنا رسول الله صلى الله عليه و سلم في آخر يوم من شعبان… واستكثروا فيه من أربع خصال خصلتين ترضون بهما ربكم وخصلتين لا غناء بكم عنهما فأما الخصلتان اللتان ترضون بهما ربكم فشهادة أن لا إله إلا الله وتستغفرونه وأما الخصلتان اللتان لا غناء بكم عنهما فتسألون الله الجنة وتعوذون به من النار

Sayyidina Salmaan (radhiyallahu anhu) meriwayatkan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) telah menyampaikan khutbah pada hari terakhir bulan Sya’ban (dimana baginda telah bersabda), ” Dan (di dalam bulan ini,) kerjakanlah empat amalan dengan banyak. Dua amalan adalah untuk menggembirakan Tuhanmu dan dua amalan adalah suatu amalan yang mana kamu tidak mampu melakukannya tanpanya. Dua amalan yang akan menggembirakan Tuhanmu adalah bacaan kalimah ‘laa ilaaha illallah’ dan memohon keampunanNya. Dua amalan yang kamu tidak mampu melakukannya tanpanya adalah meminta Allah Taa’la untuk dimasukkan ke dalam syurga, dan memohon perlepasan daripada api neraka.”

18. Perbanyakkan doa semasa Ramadhan. Doa orang yang berpuasa itu mudah diterima, terutamanya doa yang dibuat sebelum berbuka puasa.

عن أبي هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ثلاثة لا ترد دعوتهم الصائم حتى يفطر والإمام العادل ودعوة المظلوم يرفعها الله فوق الغمام ويفتح لها أبواب السماء ويقول الرب وعزتي لأنصرنك ولو بعد حين (سنن الترمذي، الرقم: 3598)

Sayyidina Abu Hurairah (radhiyallahu anhu) meriwayatkan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) telah bersabda, ” Ada tiga golongan manusia yang doanya tidak ditolak; orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa , pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi yang mana Allah Taa’la mengangkatnya di atas awan dan Dia membuka pintu – pintu syurga untuknya. Allah Taa’la berkata, ” Demi kehormatanKu, sesungguhnya Aku akan membantumu, walaupun mungkin selepas beberapa lama.”

عن عمرو بن شعيب عن أبيه عن جده قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول للصائم عند إفطاره دعوة مستجابة وكان عبد الله بن عمرو إذا أفطر دعا أهله وولده ودعا (شعب الايمان، الرقم: 3624)

Sayyidina Abdullah bin Amr (radhiyallahu anhuma) meriwayatkan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) telah bersabda, ” Pada waktu berbuka, doa orang yang berpuasa akan diterima”. Oleh itu, Abdullah bin Amr (radhiyallahu anhuma) akan memanggil keluarga dan anak – anaknya pada waktu berbuka dan berdoa.

19. Bulan Ramadhan dikenali sebagai bulan Al-Quran.Maka seseorang perlulah membaca Quran sebanyak yang mungkin. Seseorang yang hafiz itu perlulah membaca lebih daripada orang yang tidak hafiz.

Semak juga

Azan dan Iqamat – 2

Kelebihan para Muadhin Azan adalah antara simbol-simbol yang menonjol dalam agama Islam. Islam telah memberikan …