Ganjaran untuk orang yang membaca selawat apabila mendengar nama Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam)

عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من ذكرت عنده فليصل علي فإنه من صلى علي مرة صلي عليه عشرا (المعجم الأوسط للطبراني، الرقم: 2767، ورجاله رجال الصحيح كما في القول البديع صـ 237)

Saidina Anas bin Malik (radhiallahu anhu) meriwayatkan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) telah bersabda, “Orang yang berselawat ke atasku sekali apabila namaku disebut, Allah Ta’ala akan menghantar sepuluh rahmat ke atasnya.”

Batu yang memberi salam kepada Saidina Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam)

Saidina Jaabir bin Samurah (radhiallahu anhu) meriwayatkan bahawa Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam) bersabda, “Sesungguhnya, Aku mengenali satu batu di Makkah Mukarramah yang akan memberi salam kepada ku sebelum aku mendapat nubuwwah (kenabian). Sesungguhnya, Aku mengenali batu itu mahupun sekarang.”[1]

Berita Gembira daripada Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam)

Sheikh Muhammad Utbi, (rahimahullah), menceritakan:

Aku memasuki Madinah Munawwarah, dan menghadapkan diriku di hadapan maqam Nabi (sallallahu alaihi wa sallam). Selepas itu,aku  melihat seorang  arab badwi tiba. Dia dudukkan untanya di hadapan pintu masjid dan menghadap ke maqam Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam). Dia mengucapkan salam dengan penuh kerendahan hati dan kasih sayang, dan berdoa kepada Allah Ta’ala dengan cara yang indah.

Dia kemudian berkata, “Wahai Rasulullah, (sallallahu alaihi wa sallam), semoga ibu bapaku dikorbankan untukmu! Sesungguhnya Allah Ta’ala telah memilihmu sebagai Rasul Terakhir dan menurunkan wahyu (penurunan Al-Quran). kepada kamu, Dia menurunkan kepada kamu sebuah kitab yang unik (Al-Quran Majeed), yang merangkumi pengetahuan para Ambiyaa dan Rasul-rasul yang terkemudian (alaihimus salam). Allah Ta’ala telah  berfirman di dalam Al Quran dan firmanNya adalah benar:

وَلَوْ أَنَّهُمْ إِذ ظَّلَمُوا أَنفُسَهُمْ جَاءُوكَ فَاسْتَغْفَرُوا اللَّهَ وَاسْتَغْفَرَ لَهُمُ الرَّسُولُ لَوَجَدُوا اللَّهَ تَوَّابًا رَّحِيمًا[2]

Dan jika mereka (hamba-hamba Allah) setelah berbuat zalim kepada diri mereka sendiri (dengan melakukan dosa), telah datang kepadamu, [wahai Muhammad, sallallahu alaihi wa sallam], dan memohon keampunan Allah dan RasulNya dan rasul telah memohon keampunan bagi pihak mereka, sudah pasti mereka akan temui bahawa Allah Ta’ala Maha Pengampun Maha Penyayang.

Orang badwi itu kemudian berkata, “Wahai Nabi Allah (sallallahu alaihi wa sallam), Aku telah datang ke kuburmu sesuai dengan ayat Allah Ta’ala. Aku akui bahawa aku telah menzalimi diriku sendiri dengan melakukan dosa-dosa yang banyak dan aku memohon kepadamu untuk memberi syafaat bagi pihakku di hadapan Allah Ta’ala “. Dia kemudian berpaling ke kubur dan mencurahkan isi hatinya dengan membaca bait-bait berikut:

يَا خَيْرَ مَنْ دُفِنَتْ بِالْقَاعِ أَعْظُمُهُ

فَطَابَ مِنْ طِيْبِهِنَّ الْقَاعُ وَالْأَكَمُ

Wahai yang terhebat dari semua yang terkubur di bawah bumi! Daripada haruman harum yang terpancar dari anggota badanmu, gunung-gunung dan dataran menjadi wangi.

نَفْسِي الْفِدَاءُ لِقَبْرٍ أَنْتَ سَاكِنُهُ

فِيهِ الْعَفَافُ وَفِيهِ الْجُودُ وَالْكَرَمُ

Semoga nyawaku dikorbankan untuk kubur dimana tempatmu bersemayam, di dalamnya telah ditanam seseorang yang melambangkan kesucian, kemuliaan dan kemurahan hati.

أَنْتَ النَّبِيُّ الَّذِي تُرْجَى شَفَاعَتُهُ

عِنْدَ الصِّرَاطِ إِذَا مَا زَلَّتِ الْقَدَمُ

Dikau adalah Nabi yang syafaatnya diharapkan di saat yang penting apabila kaki akan tergelincir di atas jambatan yang berada di atas Jahannam (iaitu titian sirat).

وَصَاحِبَاكَ لَا أَنْسَاهُمَا أَبَدًا

مِنِّي السَّلَامُ عَلَيكُمْ مَا جَرَى الْقَلَمُ

Aku tidak akan melupakan dua orang sahabatmu yang tersohor (SaidinaAbu Bakar dan Saidina Umar [radhiallahu anhuma] selagi pena (takdir) terus menulis. Semoga selawat dan salam disampaikan kepadamu yang kesemuanya daripada pihakku.

Selepas mengucapkan kata-kata indah ini sebagai pujian dan penghormatan kepada Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) ,orang kampung itu menaiki kenderaannya dan mula beredar dari situ. Muhammad Utbi (pencerita kejadian) berkata, “Aku tertidur, dan di dalam mimpi, aku  melihat Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam). Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) berkata kepadaku, ‘Wahai Utbi, bersegeralah ke arah orang kampung itu dan sampaikan berita gembira kepadanya dari sisiku bahawa Allah Ta’ala  telah mengampuni dosa-dosanya.”[3]

‎يَا رَبِّ صَلِّ وَسَلِّم دَائِمًا أَبَدًا عَلَى حَبِيبِكَ خَيرِ الْخَلْقِ كُلِّهِمِ‎


[1] صحيح مسلم، الرقم: 2277

[2] سورة النساء: 64

[3] الإيضاح في مناسك الحج والعمرة صـ ٤٥٥، الأذكار للنووي صـ 304، القول البديع صـ 342

Semak juga

Sumber Cahaya pada Hari Kiamat

عن ابن عمر رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: زينوا …