Wuduk – 3

Cara mengambil wuduk yang sunnat

1. Bacalah doa yang disunnatkan sebelum memulakan wudhuk:[1]

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Seseorang itu boleh juga membaca doa berikut:

بسم الله والحمد لله

(Aku memulakan) dengan nama Allah Ta’ala dan segala pujian hanyalah bagi Allah Ta’ala.

عن أبى هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يا أبا هريرة إذا توضأت فقل: بسم الله والحمد لله فإن حفظتك لا تبرح تكتب لك الحسنات حتى تحدث من ذلك الوضوء (مجمع الزوائد، الرقم: 1112)[2]

Saidina Abu Hurairah (radhiallahu anhu) meriwayatkan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) bersabda, “Wahai Abu Hurairah! Apabila kamu berwudhuk, maka (mula-mula) bacalah doa بسم الله والحمد لله . Dengan membaca doa ini, malaikat yang menjaga kamu (akan diperintahkan untuk) terus menerus mencatat amal kebaikkan untukmu sehingga kamu membatalkan wudhuk tersebut.”

2. Basuh kedua tangan hingga ke lengan.[3]

عن حمران مولى عثمان أن عثمان بن عفان رضي الله عنه دعا بوضوء فتوضأ فغسل كفيه ثلاث مرات (صحيح مسلم، الرقم: 226)[4]

Saidina Humraan (rahimahullah), hamba sahaya Saidina Uthman (radhiallahu anhu) yang telah dimerdekakan, meriwayatkan bahawa Saidina Uthman (radhiallahu anhu) meminta agar air dibawakan (untuk menunjukkan kepada orang ramai cara berwuduk). Maka dia memulakan wuduknya dengan membasuh tangannya (hingga ke lengan) tiga kali. (Dalam riwayat ini, yang mana terdapat di dalam Saheeh Bukhaari, Saidina Uthman (radhiallahu anhu) berkata, “Aku telah melihat Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) berwuduk dengan cara ini.”)


[1] عن رباح بن عبد الرحمن بن أبي سفيان بن حويطب عن جدته عن أبيها قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول لا وضوء لمن لم يذكر اسم الله عليه (سنن الترمذي، الرقم: 25)

وأما حكم المسألة فالتسمية مستحبة في الوضوء وجميع العبادات وغيرها من الأفعال حتى عند الجماع (المجموع شرح المهذب 1/190)

وأما سنن الوضوء فكثيرة … والثانية أن يقول في ابتداء وضوئه بسم الله فلو نسيها في الابتداء أتى بها متى ذكرها قبل الفراغ كما في الطعام (روضة الطالبين 1/168)

(و) من سننه (التسمية أوله) أي أول الوضوء … وأقلها بسم الله وأكملها كمالها (مغني المحتاج 1/168)

[2] قال الهيثمي: رواه الطبراني في الصغير وإسناده حسن

[3] واتفق الأصحاب على أن غسل الكفين سنة في أول الوضوء وهو سنة من سنن الوضوء (المجموع شرح المهذب 1/192)

وأما سنن الوضوء فكثيرة … الثالثة غسل الكفين قبل الوجه (روضة الطالبين 1/167-168)

[4] صحيح البخاري، الرقم: 164

Semak juga

Sunnah Dan Adab Berwuduk – 11

Cara mengambil wuduk yang sunnat 1. Setelah selesai berwudhuk, bacalah dua kalimah syahadah. Jika kamu …