Wuduk – 4

Cara mengambil wuduk yang sunnat

1. Bersihkan mulut (maksudnya lidah, gigi dan lelangit) dengan miswak. Apabila menggunakan miswak, berus gigi secara mendatar dan lidah secara menegak. Dalam ketiadaan miswak, seseorang haruslah menggunakan sesuatu yang kasar dan akan memenuhi tujuan membersihkan mulut seperti berus gigi. Menggunakan jari tidak akan mencukupi untuk sunnat bermiswak.[1]

Nota: Adalah makruh untuk seseorang yang sedang berpuasa menggunakan miswak selepas tengah hari. Akan tetapi, adalah dibenarkan dan tidak makruh untuk orang yang sedang berpuasa menggunakan miswak sebelum tengah hari.[1]

عن عائشة رضي الله عنها قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: تفضل الصلوة التي يستاك لها على الصلوة التي لا يستاك لها سبعين ضعفا (المستدرك على الصحيحين للحاكم، الرقم: 515)[2]

Saidatina Aisyah (radhiallahu anha) meriwayatkan bahawa Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam) telah bersabda, ” Solat yang didirikan selepas membersihkan mulut dengan miswak adalah tujuh puluh kali ganda lebih baik dan lebih ganjaran daripada Solat yang didirikan tanpa menggunakan miswak.”


[1] (وسننه) أي الوضوء أي ومن سنته (السواك) وهو لغة الدلك وآلته وشرعا استعمال عود أو نحوه كأشنان في الأسنان وما حولها … وسن كونه (عرضا) أي في عرض الأسنان ظاهرا وباطنا في طول الفم … أما اللسان فيسن أن يستاك فيه طولا … ويحصل (بكل خشن) مزيل للقلح طاهر كعود من أراك أو غيره أو خرقة أو أشنان لحصول المقصود بذلك لكن العود أولى من غيره والأراك أولى من غيره من العيدان (مغني المحتاج 1 /163-164)

وأما سنن الوضوء فكثيرة إحداها السواك وهو سنة مطلقا ولا يكره إلا بعد الزوال لصائم وفي غير هذه الحالة مستحب في كل وقت ويتأكد استحبابه في أحوال … وعند الوضوء وإن لم يصل … ويحصل السواك بخرقة وكل خشن مزيل لكن العود أولى والأراك منه أولى … ولا يحصل بأصبع خشنة على أصح الأوجه … ويستحب أن يستاك عرضا (روضة الطالبين 1/167)

(ويمره على) كراسي (أضراسه) وأطراف أسنانه ليجلوها من التغير بصفرة أو غيرها (و) على (سقف حلقه بلطف) ليزيل الخلوف عنه (أسنى المطالب 1/37)

[2] قال الحاكم: هذا حديث صحيح على شرط مسلم ولم يخرجاه وأقره الذهبي وقال على شرط مسلم

Semak juga

Sunnah Dan Adab Berwuduk – 11

Cara mengambil wuduk yang sunnat 1. Setelah selesai berwudhuk, bacalah dua kalimah syahadah. Jika kamu …