عن أبي الدرداء رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من صلى علي حين يصبح عشرا وحين يمسي عشرا أدركته شفاعتي يوم القيامة (رواه الطبراني بإسنادين وإسناد أحدهما جيد ورجاله وثقوا كذا في مجمع الزوائد، الرقم: 17022)
Saidina Abu Dardaa (radhiallahu anhu) meriwayatkan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) bersabda, “Sesiapa yang berselawat ke atasku sepuluh kali pada waktu pagi dan sepuluh kali pada waktu petang, dia akan memperolehi syafa’atku pada hari Qiamat.”
Menambah perkataan ‘salam’ di dalam selawat
Saidina Abu Sulaiman Harraani (rahimahullah) berkata:
Pada suatu ketika aku melihat Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) di dalam mimpi dan baginda berkata kepadaku, “Wahai Abu Sulaiman, ketika kamu menyalin Hadis-Hadis dan namaku disebutkan, aku perasan yang kamu hanya mencukupi dengan perkataan ‘salaat’ dan kamu tidak menhantarkan ‘Salaam’ keatasku. Salam (Wasallam) adalah perkataan empat huruf, dan untuk setiap huruf, seseorang akan memperolehi pahala sebanyak sepuluh kali ganda (berjumlah 40 pahala tambahan). Maka mengapa kamu tinggalkan 40 pahala.[1]
يَا رَبِّ صَلِّ وَسَلِّم دَائِمًا أَبَدًا عَلَى حَبِيبِكَ خَيرِ الْخَلْقِ كُلِّهِمِ
[1] القول البديع صـ 488