Wuduk – 6

Cara mengambil wuduk yang sunnat

1. Jika ada keperluan untuk membersihkan hidung, maka bersihkanlah dengan jari kelingking tangan kiri.[1]

عن أبى هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: إذا توضأ أحدكم فليستنشق بمنخريه من الماء ثم لينتثر (صحيح مسلم، الرقم: 237)

Saidina Abu Hurairah (radhiallahu anhu) meriwayatkan bahawa Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam) telah bersabda, “Apabila salah seorang daripada kamu berwudhuk, maka dia perlulah memasukkan air ke dalam hidung dan kemudian membersihkan hidung (dengan tangan kiri).”

2. Apabila berpuasa, berhati hati ketika berkumur mulut dan membilas hidung. Jangan paksa diri dalam melakukannya, kerana berkemungkinan air akan masuk ke tekak atau laluan hidung, dengan demikian menyebabkan batalnya puasa.[2]

عن لقيط بن صبرة رضي الله عنه قلت: يا رسول الله صلى الله عليه وسلم أخبرني عن الوضوء قال: أسبغ الوضوء وخلل بين الأصابع وبالغ فى الاستنشاق إلا أن تكون صائما (سنن الترمذي، الرقم: 788)[3]

Saidina Laqeet bin Samurah (radhiallahu anhu) meriwayatkan, “Pada satu ketika aku bertanya kepada Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) berkenaan dengan wuduk. Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) bersabda, “berwuduklah dengan lengkap dan sempurna, pastikanlah yang kamu membuat khilal tangan dan membilas hidung secara menyeluruh, kecuali pada waktu ketika kamu berpusa.”


[1] عن عائشة رضي الله عنها قالت: كانت يد رسول الله صلى الله عليه وسلم اليمنى لطهوره وطعامه وكانت يده اليسرى لخلائه وما كان من أذى (سنن أبي داود، الرقم: 33)

قال أصحابنا: ويستنثر بيده اليسرى (المجموع شرح المهذب 1/198)

[2] وإن كان صائما رفق بالاستنشاق لئلا يدخل رأسه (الأم للإمام الشافعي رحمه الله 1/39)

[3] قال أبو عيسى: هذا حديث حسن صحيح

سنن أبي داود، الرقم: 142

Semak juga

Sunnah Dan Adab Berwuduk – 11

Cara mengambil wuduk yang sunnat 1. Setelah selesai berwudhuk, bacalah dua kalimah syahadah. Jika kamu …