عن أبي طلحة الأنصاري رضي الله عنه قال: أصبح رسول الله صلى الله عليه وسلم يوما طيب النفس يرى في وجهه البشر قالوا: يا رسول الله أصبحت اليوم طيب النفس يرى في وجهك البشر قال: أجل أتاني آت من ربي عز وجل فقال: من صلى عليك من أمتك صلاة كتب الله له عشر حسنات ومحا عنه عشر سيئات ورفع له عشر درجات ورد عليه مثلها (سنن النسائى، الرقم: 1283، ورجاله موثقون كما في القول البديع صـ 248)
Saidina Abu Talhah (radhiallahu anhu) meriwayatkan: Pada suatu pagi, Nabi (sallallahu alaihi wasallam) datang kepada kami dalam keadaan gembira, sehingga kegembiraan tersebut terpancar daripada wajah baginda. Sahabat (radhiallahu anhum) bertanya, “Wahai Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam), kami dapati bahawa kamu sangat gembira pada hari ini. Kegembiraan itu dapat dilihat pada wajahmu.”
Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam) menjawab, “Ya, seorang utusan daripada Tuhanku telah datang kepadaku dengan pesanan berikut, “Barangsiapa diantara ummatmu yang membaca Selawat untukmu sekali, Allah Ta’ala akan menulis 10 kebaikkan untuknya, menghapuskan dan mengampunkan 10 dosanya, mengangkat darjatnya di dalam syurga sebanyak sepuluh darjat dan menjawab Selawatnya dengan cara yang sama (maksudnya, Allah Ta’ala akan menghantar sepuluh rahmat dan keberkatan ke atasnya).”
Membaca selawat sebelum tidur
Saidina Muhammad bin Sa’eed bin Mutarrif (rahimahullah) adalah seorang yang soleh dan bertaqwa. Dia menceritakan kisah yang berikut:
Aku telah jadikan sebagai ibadah harianku untuk membaca sejumlah selawat keatas Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) setiap malam semasa pergi tidur.
Pada satu malam, apabila aku sedang berada dalam bilikku, aku menghabiskan selawatku dan tertidur.semasa aku tertidur, aku bermimpi melihat Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) memasuki bilikku memalui pintu. Semasa baginda masuk, seluruh bilik bercahaya dengan cahaya baginda.
Maka Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) manghadapku dan bersabda, “Tunjukkan kepadaku mulut yang kamu membaca selawat dengan banyak keatasku supaya aku dapat menciumnya.” Aku berasa malu untuk menunjukkan mulukku kepada Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam), Jadi aku menunjukkan pipiku kepada baginda. Lalu Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) meletakkan mulut baginda keatas pipiku dan menciumnya.
Serta merta selepas itu, aku bangun daripada mimpi dalam keadaan penuh keterujaan dan aku juga mengejukkan isteriku yang sedang tidur di sebelahku. Semasa bangun, kami mendapati yang seluruh bilik penuh dengan bau kasturi atas sebab bau yang keluar daripada badan Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam). Bau kasturi daripada ciuman Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) kekal diatas pipiku selama 8 hari. Untuk setiap hari daripada 8 hari, isteriku akan membau haruman ini pada pipiku.[1]
يَا رَبِّ صَلِّ وَسَلِّم دَائِمًا أَبَدًا عَلَى حَبِيبِكَ خَيرِ الْخَلْقِ كُلِّهِمِ
[1] الدر المنضود صـ 187، القول البديع صـ 288