Khabar Gembira Syurga untuk Saidina Abu Ubaidah (radhiyallahu ‘anhu) ‎

Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) bersabda:‎

أبو عبيدة في الجنة (هو ممن بشّر بالجنة في الدنيا) (جامع الترمذي، الرقم: ٣٧٤٧)

‎“Abu Ubaidah akan berada di syurga (iaitu beliau termasuk dalam kalangan orang-orang yang menerima khabar gembira ‎syurga di dunia ini)”. (Jaami’ Tirmizi #3747)‎

Keinginan Saidina Umar (radhiyallahu ‘anhu) untuk Dikurniakan dengan Bilik yang Dipenuhi ‎dengan Tokoh seperti Saidina Abu Ubaidah (radhiyallahu ‘anhu)‎

Saidina Umar (radhiyallahu ‘anhu) pernah duduk bersama sekumpulan orang ketika beliau berbicara kepada mereka dan bertanya kepada mereka pertanyaan berikut, “Beritahuku tentang apakah keinginan kamu!” ‎

Seseorang berkata: “Hajat yang aku miliki adalah agar seluruh ruangan ini dipenuhi dengan dirham ‎‎(syiling perak) dan aku belanjakan semuanya di jalan Allah Ta’ala.” ‎

Saidina Umar (radhiyallahu ‘anhu) kemudian berkata kepada orang ramai dan bertanya untuk kedua kalinya, ‎‎“Terangkanlah kepadaku apa keinginan kalian!” ‎

Seseorang yang lain berkata: “Keinginan yang aku miliki adalah agar seluruh ruangan ini dipenuhi dengan syiling emas, dan aku belanjakan kesemuanya di jalan Allah Ta‘ala.” ‎

Sekali lagi Saidina Umar (radhiyallahu ‘anhu) berbicara kepada orang ramai dan mengajukan pertanyaan yang sama, “Beritahuku tentang apakah keinginan kamu!” ‎

Orang ketiga berkata: “Keinginan yang aku miliki adalah agar seluruh ruangan ini dipenuhi dengan batu-batu permata dan aku belanjakan semuanya di jalan Allah Ta‘ala.” ‎

Saidina Umar (radhiyallahu ‘anhu) mengajukan pertanyaan yang sama untuk keempat kalinya bertanya tentang apakah mereka mempunyai keinginan yang lain, tetapi mereka menjawab bahwa mereka tidak menginginkan yang lain. ‎

Kemudian, Saidina Umar (radhiyallahu ‘anhu) menyatakan hasratnya dengan berkata: “Keinginan yang aku miliki adalah agar ruangan ini dipenuhi dengan orang-orang seperti Abu Ubaidah, Mu‘aaz bin Jabal dan ‎Huzaifah bin Yamaan (radhiyallahu ‘anhum) supaya aku dapat gunakan setiap seorang daripada mereka dalam ketaatan kepada Allah Ta’ala ( aku boleh gunakan mereka untuk khidmat agama dan menyebarkan agama di dunia). (At Tarikhus Shagir jilid 1 m/s79)

Semak juga

Kebaikan Sayyidina Abu Dzar (radhiyallahu ‘anhu) Terhadap Jiran-jirannya

عن عيسى بن عميلة رحمه الله أنه قال: أخبرني من رأى أبا ذر يحلب غنيمة …