Memperoleh 70 Ganjaran Pahala

عن عبد الرحمن بن مريح الخولاني قال: سمعت أبا قيس مولى عمرو بن العاص يقول: سمعت عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما يقول: من صلى على رسول الله صلى الله عليه وسلم صلاة صلى الله عليه وملائكته سبعين صلاة فليقل عبد من ذلك أو ليكثر (مسند أحمد، الرقم: 6605، وإسناده حسن وحكمه الرفع إذ لا مجال للإجتهاد فيه كما في القول البديع صـ 237)

Sayyidina Abdullah bin Amr bin Aas radhiyallahu anhuma telah meriwayatkan, ” Barangsiapa yang berselawat ke atas Nabi sallallahu alaihi wasallam sekali, maka Allah Taa’la dan para malaikatNya akan menghantar 70 rahmat dan keberkatan kepadanya sebagai balasan satu selawatnya.Maka, barangsiapa yang ingin memperbanyakkan Selawat nya , dia haruslah memperbanyakkannya, dan barangsiapa yang ingin mengurangkan Selawatnya ,dia haruslah mengurangkannya (maksudnya, jika dia menginginkan ganjaran yang besar, maka dia perlulah memperbanyakkan bacaan Selawatnya).

Cahaya selawat ke atas Nabi (sallallahu alaihi wasallam)

Saidina Abul Qaasim Marwazi (rahimahullah) meriwayatkan:

Aku dan ayah aku selalu belajar hadith hadith pada waktu malam. Ianya telah dilihatkkan di dalam mimpi yang tempat dimana kami duduk, terdapat cahaya yang sangat terang muncul yang mana cecah hingga ke langit. Maka seseorang bertanya tentang apakah pancaran cahaya ini. Ianya telah dijelaskan bahawa ia adalah cahaya selawat ke atas Nabi (sallallahu alaihi wasalam) yang mana kedua dua ulama ini telah baca semasa meraka sedang belajar hadith hadith.[1]

‎يَا رَبِّ صَلِّ وَ سَلِّم دَائِمًا أَبَدًا عَلَى حَبِيبِكَ خَيرِ الْخَلْقِ كُلِّهِمِ‎


[1] القربة لابن بشكوال، صـ ١٢٢ ، القول البديع،  صـ ٣٩١

Semak juga

Menolak kemiskinan

وعن سمرة السوائي والد جابر رضي الله عنهما قال: كنا عند النبي صلى الله عليه …