قال النبي صلى الله عليه وسلم: من صلى علي في يوم خمسين مرة صافحته يوم القيامة (القربة لابن بشكوال، الرقم: 87، وقد سكت عنه السخاوي في القول البديع صـ 289، ويفهم من سكوته أن الحديث معمول به عنده، ولذلك ذكره في كتابه)
Ianya telah diriwayatkan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) telah bersabda, “Sesiapa yang berselawat ke atas ku sebanyak 50 kali setiap hari, Aku akan bermusafah dengannya pada hari qiyamat.”
Bau Wangi Kerana Durood Yang Banyak
Pada suatu hari Menantu Maulana Faizul Hasan sahaaranpuri (rahimahullah) menceritakan kepada Shaikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya (rahimahullah) bahawa atas kematian maulana Faizul Hasan (rahimahullah), bau yang harum dan wangi akan merebak daripada biliknya. Ianya berterusan sampai sebulan selepas kematiannya.
Apabila keadaan ini telah diceritakan kepada Maulana Qaasim Naanotwi (rahimahullah), dia berkata, “Ini adalah berkat selawat yang dia selalu baca ke atas Nabi (sallallahu alaihi wasallam).” Semasa hidupnya, Maulana Faizul Hasan (rahimahullah) telah membiasakan dirinya untuk membaca selawat dengan banyak ke atas Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam), khususnya pada malam Jumaat(maksudnya malam sebelum hari hari Jumaat).[1]
يَا رَبِّ صَلِّ وَسَلِّم دَائِمًا أَبَدًا عَلَى حَبِيبِكَ خَيرِ الْخَلْقِ كُلِّهِمِ
[1] فضائل درود صـ 153