Pahala Sedekah kerana Membaca Selawat

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: أيما رجل مسلم لم تكن عنده صدقة فليقل في دعائه: اللهم صل على محمد عبدك ورسولك وصل على المؤمنين والمؤمنات والمسلمين والمسلمات فإنها زكاة وقال: لا يشبع مؤمن خيرا حتى يكون منتهاه الجنة (صحيح ابن حبان، الرقم: 903، وإسناده حسن كما في مجمع الزوائد، الرقم: ١٧٢٣١)

Saidina Abu Sa’eed Khudri (radhiallahu anhu) meriwayatkan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) telah bersabda, ” Mana-mana muslim yang tiada apa-apa untuk bersedekah, dia hendaklah membaca selawat berikut di dalam doanya kerana ia akan menjadi penyebab untuk dia mendapat pahala bersedekah dan ia akan membersihkannya daripada dosa-dosanya.”

اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ وَصَلِّ عَلٰى الْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ

Wahai Allah! Berselawatlah (limpahkanlah rahmatMu) ke atas Muhammad (sallallahu alaihi wasallam) , hambaMu dan RasulMu, dan limpahkanlah rahmatMu ke atas seluruh orang mukmin dan muslim lelaki dan perempuan.

Kemudiannya, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda, “Seorang mukmin itu ialah seseorang yang terus menerus melakukan kebaikkan dan tidak pernah merasa cukup dengan kebaikkan yang dia lakukan sehingga akhirnya dia (meninggal dunia dalam keadaan beriman dan) sampai ke syurga.”

Gagal menulis selawat ke atas Saidina Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam)

Saidina Hasan bin Musa Al-Hadrami (rahimahullah), yang dikenali sebagai Ibnu Ujainah (rahimahullah), menceritakan:

Aku selalu menulis Hadith Hadith, dan dalam tergesa- gesa, aku selalu lupa menulis selawat ke atas Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) pada tempat tempat yang mana nama Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) muncul. Selepas itu, aku melihat Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) di dalam mimpi. Dia bersabda kepada ku, “Bagaimana kamu boleh gagal menulis selawat dengan namaku dengan cara Abu Amr Tabari (rahimahullah) buat?”

Apabila aku bangun dari tidur, aku merasakan sangat sedih dan penuh dengan kesakitan, dan pada masa itu juga aku berazam yang pada masa hadapan, apabila aku menulis mana mana hadith, aku pasti akan menulis “sallallahu alaihi wasallam.”[1]

‎يَا رَبِّ صَلِّ وَسَلِّم دَائِمًا أَبَدًا عَلَى حَبِيبِكَ خَيرِ الْخَلْقِ كُلِّهِمِ‎


[1] القربة لابن بشكوال صـ 124، القول البديع صـ 492

Semak juga

Menolak kemiskinan

وعن سمرة السوائي والد جابر رضي الله عنهما قال: كنا عند النبي صلى الله عليه …