عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: من صلى علي واحدة صلى الله عليه عشرا (صحيح مسلم، الرقم: 408)
Sayidina Abu Hurairah (radhiyallahu ‘anhu) meriawatkan bahawasanya Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) telah bersabda: Sesiapa yang berselawat ke atas ku sekali, Maka Allah Ta‘ala akan berselawat ke atasnya sebanyak 10 kali (maksudnya: Allah Ta‘ala akan memberikanya ganjaran pahala dan merahmatinya).
Berkat Hadith Hadith Saidina Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam)
Saidina Abu Ahmad, Abdullah bin Bakr bin Muhammad (rahimahullah), pada suatu ketika dia berkata, “Ilmu yang mangandungi berkat paling banyak, yang mana ianya adalah Ilmu yang paling unggul, dan yang paling bermanfaat di dunia ini dan di Akhirat, selepas ilmu berkenaan dengan kitab Allah Ta’ala, ianya adalah ilmu berkenaan dengan Hadith Hadith Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam). Seseorang akan mendapat berkat yang paling banyak melalui Hadith Hadith atas sebab selawat yang banyak yang dia akan berselawat ke atas Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) ketika membaca Hadith Hadith. Hadith Hadith Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) adalah seperti kebun kebun dan taman taman di mana kamu akan menjumpai setiap bentuk kebaikan, ketaqwaan, fadhilat dan zikir.”[1]
يَا رَبِّ صَلِّ وَسَلِّم دَائِمًا أَبَدًا عَلَى حَبِيبِكَ خَيرِ الْخَلْقِ كُلِّهِمِ
[1] الترغيب والترهيب لقوام السنة 2/334، القول البديع صـ 287