Menjadi Jiran Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam) pada Hari Kiamat

عن رجل من آل الخطاب عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: من زارني متعمدا كان في جواري يوم القيامة ومن سكن المدينة وصبر على بلائها كنت له شهيدا وشفيعا يوم القيامة ومن مات في أحد الحرمين بعثه الله من الآمنين يوم القيامة (شعب الإيمان، الرقم: 3856) رواه البيهقي في الشعب كذا في المشكوة وفي الإتحاف برواية الطيالسي بسنده إلى ابن عمر عن عمر ثم قال : وعن رجل من آل خطاب رفعه من زارني متعمدا كان في جواري يوم القيامة … الحديث أخرجه البيهقي وهو مرسل والرجل المذكور مجهول وبسط الكلام على طرقه السبكي وقال: هو مرسل جيد (فضائلِ حج صـ 185)

Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam) telah bersabda, ” Orang yang bermusafir hanya untuk menziarahi kuburku akan menjadi jiranku pada hari Kiamat, dan orang yang menetap di Madinah Munawwarah dan menempuh kesusahan dan kepayahnnya dengan sabar, untuknya aku akan menjadi saksi dan pemberi syafaat pada hari Kiamat, dan orang yang melintasi salah satu Tanah Haram (Mekkah Mukarramah ataupun Madinah Munawwarah) akan dibangkitkan pada hari Kiamat bersama dengan orang-orang yang telah dikurniakan keselamatan.”

Qasidah Burdah

Allamah Busairi (rahimahullah) merupakan seorang Alim dan orang yang soleh. Semasa hidupnya, beliau telah ditimpa penyakit strok. Beliau telah menyiapkan syair beliau (Qasidah Burdah) dengan harapan bahawa syair-syair pujian dan cinta kepada Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam) ini akan menjadi sebab untuk beliau meminta rahmat Allah Ta’ala dan supaya Allah Ta’ala menyembuhkannya daripada penyakitnya.

Pada suatu malam, beliau melihat Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam) di dalam mimpi dan beliau mempersembahkan syair yang beliau telah karang kerana cinta kepada Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam). Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam) meletakkan tangan baginda di atasnya, dan apabila beliau bangun di pagi hari, beliau telah sembuh dan mampu untuk berjalan.[1]

يَا رَبِّ صَلِّ وَسَلِّم دَائِمًا أَبَدًا عَلَى حَبِيبِكَ خَيرِ الْخَلْقِ كُلِّهِمِ


[1] كشف الظنون 2/1331

Semak juga

Menolak kemiskinan

وعن سمرة السوائي والد جابر رضي الله عنهما قال: كنا عند النبي صلى الله عليه …