Saidina Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) menjawab salam ‎

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ما من أحد يسلم علي إلا رد الله علي روحي حتى أرد عليه السلام (سنن أبي داود، الرقم:2041، وسنده جيد كما قال العراقي في المغني عن حمل الأسفار في الأسفار صـ 367)[1]

Saidina Abu Hurairah (radhiallahu anhu) meriwayatkan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) bersabda, “Bila bila masa seseorang memberi salam pada maqamku, Allah Ta’ala memulangkan rohku kepada jasadku supaya aku menjawab salamnya.”

Nota: Dalam Sharh-e-Manaasik, Hafiz Ibnu Hajar (rahimahullah) menulis yang maksud memulangkan roh adalah Allah Ta’ala memberikan Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) keupayaan untuk bercakap. Saidina Qaadhi Iyaaz (rahimahullah) menulis yang roh Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) kekal di hadapan Allah Ta’ala, dan  apabila diberi salam, ianya cenderung ke arah salam.

Kebanyakan Ulama (seperti Hafiz Ibnu Hajar [rahimahullah] dan Allahmah Zurqaani [rahimahullah]) berpendapat yang maksud memulangkan roh ianya tidaklah bermaksud yang jasad Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) tidak mempunyai roh, tetapi kini telah diberikan roh. Sebabnya ialah roh Saidina Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) telah dipulangkan kepada jasad baginda  selepas kewafatan baginda. Oleh itu, maksud Hadith ini adalah Saidina Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) menjawab salam.

Mendapat Makanan Yang Istimewa

Syah Waliyullah (rahmatullahi alaihi) menulis di dalam Al-Hirzuth Thameen (di bawah nombor 19) yang mana ayah beliau menceritakan :

Pada suatu hari, aku bermusafir di dalam bulan Ramadhan. Hari itu sangat panas dan aku mengalami kesusahan yang amat. Dalam keadaan tersebut, aku tertidur dan melihat Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam). Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) telah memberiku manisan yang paling lazat yang mengandungi nasi, za’faran, gula dan minyak sapi, dan aku pun makan sehingga kenyang. Kemudian, Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) memberiku air. Oleh itu, dahaga dan laparku hilang sepenuhnya, dan apabila aku bangun, aku boleh bau wangian za’faran pada jari jemariku.[2]

Nota: Ayah Syah Waliyullah (rahmatullahi alaihi) dan keluarganya merupakan pencinta setia Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) dan mereka membaca banyak selawat.

‎يَا رَبِّ صَلِّ وَسَلِّم دَائِمًا أَبَدًا عَلَى حَبِيبِكَ خَيرِ الْخَلْقِ كُلِّهِمِ‎


[1] رواه أحمد في رواية عبد الله كذا في المغني للموفق وأخرجه أبو داود بدون لفظ عند قبري لكن رواه في باب زيارة القبور بعد أبواب المدينة من كتاب الحج (فضائلِ حج صـ 189)

[2] فضائل درود صـ 191

Semak juga

Menolak kemiskinan

وعن سمرة السوائي والد جابر رضي الله عنهما قال: كنا عند النبي صلى الله عليه …