عن كعب بن عجرة، قال: لما نزلت: {إن الله وملائكته يصلون على النبي} الآية قلنا: يا رسول الله قد علمنا السلام عليك فكيف الصلاة؟ قال: قولوا: اللهم صل على محمد وعلى آل محمد كما صليت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم وبارك على محمد وعلى آل محمد كما باركت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم إنك حميد مجيد (مسند ابن أبي شيبة، الرقم: 505)
Allaamah Sakhaawi (rahimahullah) telah menyebutkan bahawa apabila ayat Al-Quran Majeed berikut diturunkan:
اِنَّ اللّٰہَ وَ مَلٰٓئِکَتَہٗ یُصَلُّوۡنَ عَلَی النَّبِیِّ ؕ یٰۤاَیُّہَا الَّذِیۡنَ اٰمَنُوۡا صَلُّوۡا عَلَیۡہِ وَ سَلِّمُوۡا تَسۡلِیۡمًا ﴿۵۶﴾
Allah Ta’ala dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi (sallallahu alaihis wasallam). Wahai orang-orang yang beriman! Kirimkanlah selawat dan salam kepada baginda.”
Para Sahabat (radhiallahu anhum) datang kepada Saidina Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) dan bertanya, “Wahai Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam)! Kami mengetahui cara mengucapkan salam kepadamu, sebagaimana yang engkau telah ajarkan salam kepada kami dalam duduk tahiyyat ketika solat. Namun, kami ingin mengetahui cara membaca selawat ke atas kamu, sebagaimana Allah Ta’ala telah memerintahkan kami di dalam Al-Qur’an Majeed untuk berselawat ke atas kamu.”
Sebagai jawapan kepada soalan ini, Saidina Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) mengajar para Sahabat (radhiallahu anhum) selawat Ibrahim.
اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى مُحَمَّدٍ وَعَلٰى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلٰى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلٰى آلِ إِبْرَاهِيْمَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ وَبَارِكْ عَلٰى مُحَمَّدٍ وَعَلٰى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلٰى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلٰى آلِ إِبْرَاهِيْمَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ
Ya Allah Ta’ala limpahkanlah rahmat-Mu kepada Muhammad (sallallahu alaihi wasallam) dan keluarga Muhammad (sallallahu alaihi wasallam) sebagaimana Engkau telah limpahkan rahmat-Mu ke atas keluarga Ibrahim (alaihi salam) Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas Muhammad (sallallahu alaihi wasallam) dan keluarga Muhammad (sallallahu alaihi wasallam) sebagaimana Engkau telah limpahkan selawatMu ke atas Ibrahim (alaihi salam) sesungguhnya Engkaulah yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia.
Menulis صلى الله عليه وسلم dengan penuh
Shiekh Ubaidullah bin Umar Qawaareeri (rahimahullah) berkata:
Aku mempunyai seorang rakan karib yang merupakan seorang penulis sebagai kerjayanya. Selepas kematiannya, aku pernah melihatnya di dalam mimpi dan bertanya kepadanya tentang bagaimana Allah Ta’ala melayaninya. Beliau menjawab bahawa Allah Ta’ala telah mengampunkannya.
Apabila aku bertanya kepadanya tentang sebabnya, beliau berkata, “Telah menjadi adatku semasa hidupku bahawa bilamana aku menulis nama Nabi (sallallahu alaihi wasallam) aku selalu menulis ‘صلى الله عليه وسلم’ selepas nama baginda. Allah Ta’ala amat menyukai amalan ini sehingga Dia telah menganugerahkanku dengan nikmat-nikmat yang mana tidak ada mata yang pernah melihatnya, telinga tidak pernah mendengarnya, dan fikiran tentang nikmat-nikmat tersebut tidak pernah terlintas di dalam akal sesiapa pun.”[1]
يَا رَبِّ صَلِّ وَسَلِّم دَائِمًا أَبَدًا عَلَى حَبِيبِكَ خَيرِ الْخَلْقِ كُلِّهِمِ
[1] الصلة في تاريخ أئمة الأندلس لابن بشكوال 1/308، القول البديع صـ 489، فضائل درود صـــ 152