Sahabat Yang Paling Penyayang Terhadap Ummat

Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam) telah bersabda:

قال سيدنا رسول الله صلى الله عليه وسلم: أرحم أمتي بأمتي أبو بكر (سنن الترمذي، الرقم: ٣٧٩٠)

“Orang yang paling penyayang terhadap ummatku di kalangan ummatku adalah Saidina Abu Bakar (radhiallahu anhu).”

Mengorbankan Hartanya untuk Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam)

Saidina Abu Hurairah (radhiallahu anhu) meriwayatkan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) bersabda, “Tiada harta seseorang pun yang telah memberi manfaat kepadaku sepertimana harta Saidina Abu bakar (radhiallahu anhu).”

Mendengar ini, Saidina Abu bakar (radhiallahu anhu) mula menangis dan berkata, “Hartaku dan diriku semuanya milikmu, Wahai Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam)!” (Sunan Tirmizi #3661 & Sunan Ibnu Majah #94)

Di dalam riwayat Saidina Abu Hurairah (radhiallahu anhu) dalam Musnad Ahmad, (Rasulullah sallallahu alaihissalam) bersabda, “Tiada satu harta (seseorang) pun yang telah memberi manfaat kepadaku sebanyak harta Saidina Abu bakar (radhiallahu anhu).”

Mendengarkan perkara tersebut, Saidina Abu Bakar (radhiallahu anhu) mula menangis, dan kemudiannya mengatakan sebanyak tiga kali, “Wahai Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam)! Hakikatnya, disebabkan engkaulah Allah Ta’ala telah mengurniakanku segalanya!” (Musnad Ahmad #8790)

Semak juga

Membeli Syurganya

بمناسبة غزوة تبوك، قال سيدنا رسول الله صلى الله عليه وسلم عن سيدنا عثمان بن …