Ghusl – 1

Cara Sunnah Bermandi Wajib

1. Hadap kearah kiblat semasa mandi. Ianya lebih bagus untuk memakai pakaian menutupi bahagian aurat semasa mandi.[1]

2. Mandi ditempat yang mana tiada sesiapa yang dapat melihat kamu. Lebih baik untuk mandi dengan bahagian aurat tertutup. Tetapi, jikalau seseorang berada di tempat yang tertutup (seperti bilik mandi) dan dia mandi tanpa menutupi aurat, maka ianya dibenarkan.[2]

عن يعلى رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم رأى رجلا يغتسل بالبراز بلا إزار فصعد المنبر فحمد الله وأثنى عليه ثم قال صلى الله عليه وسلم: إن الله عز وجل حيي ستير يحب الحياء والستر فإذا اغتسل أحدكم فليستتر (سنن أبي داود، الرقم: 4012)[3]

Saidina Ya’la (radhiallahu anhu) meriwayatkan bahawa pada suatu masa, Saidina Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam) telah melihat seseorang sedang bermandi wajib di tempat yang terbuka, tanpa pakaian bawah (dengan auratnya terbuka). Kemudian, Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam) menaiki mimbar, memuji Allah Ta’ala dan mengagungkanNya, dan kemudian bersabda, ” Sesungguhnya Allah Ta’ala adalah pemalu ( Dia melayan hambaNya dengan malu dan kehormatan yang paling tinggi) dan Dia tersembunyi ( daripada mata hamba-hambaNya), Dia menyukai (hambaNya mempunyai) rasa malu dan bersembunyi (apabila membuang air kecil atau besar ataupun bermandi, dll.). Maka, apabila salah seorang daripada kamu bermandi wajib, dia perlulah menutupi tubuh badannya.”

3. Disyorkan menggunakan baldi untuk bermandi.[4]


[1] كذا يسن … الاستقبال (تحفة المحتاج 1/297)

[2] لا يجوز الغسل بحضرة الناس إلا مستور العورة فإن كان خاليا جاز الغسل مكشوف العورة والستر أفضل (المجموع شرح المهذب 2/157)

[3] سكت الحافظ عن هذا الحديث في الفصل الثاني من هداية الرواة (1/236) فالحديث حسن عنده

[4] حدثتني ميمونة رضي الله عنها قالت: كنت أغتسل أنا ورسول الله صلى الله عليه وسلم من إناء واحد من الجنابة هذا حديث حسن صحيح (سنن الترمذي، الرقم: 62)

Semak juga

Azan dan Iqamat – 2

Kelebihan para Muadhin Azan adalah antara simbol-simbol yang menonjol dalam agama Islam. Islam telah memberikan …