Diilhamkan kearah kebeneran

Rasulullah (sallaallahu alaihi wasallam) bersabda:

إن الله جعل الحق على لسان عمر وقلبه (أي: أجراه عليهما) (سنن الترمذي، الرقم: ٣٦٨٢)

“Allah Ta’ala telah meletakkan kebenaran keatas lidah dah hati Umar (dan menyebabkan kebenaran mengalir daripada lidah dan hatinya).” (Sunan Tirmizi #3682)

Saidina Ali (radhiyallahu ‘anhu) Mengharap Bertemu Allah Ta’ala dengan Perbuatan Saidina Umar (radhiyallahu ‘anhu)

Saidina Abdullah bin Abbas (radhiyallahu ‘anhuma) menyebut:

Aku hadir ketika jenazah Saidina Umar (radhiyallahu ‘anhu) diletakkan di atas keranda selepas beliau syahid.  Orang ramai mula mengerumuni tubuhnya.  Sambil menunggu jenazahnya diangkat dan dibawa untuk dikebumikan, mereka berselawat keatas Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) dan berdoa untuk Saidina Umar (radhiyallahu ‘anhu).

Tiba-tiba, aku dapati seseorang di belakangku memegang bahuku.  Apabila aku menoleh untuk melihat siapakah itu, aku melihat bahawa ia tidak lain adalah Saidina Ali (radhiyallahu ‘anhu).

Sambil melihat tubuh Saidina Umar (radhiyallahu ‘anhu), dia berkata, “Wahai Umar!  Semoga Allah Ta‘ala mencucuri rahmatNya yang istimewa kepada kamu!”  Beliau kemudian berkata, “Pada masa ini, tidak ada orang yang amalannya lebih aku cintai, dan dengannya aku ingin berjumpa dengan Allah Ta‘ala, lebih daripada amalan kamu!  Aku bersumpah demi Allah! Aku yakin bahawa Allah Ta‘ala akan menyertakan kamu dengan dua orang sahabat kamu, Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) dan Saidina Abu Bakar (radhiyallahu ‘anhu).

“Sepanjang hidup kamu, kamu sentiasa bersama Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) dan Saidina Abu Bakar (radhiyallahu ‘anhu).  Oleh itu, Aku sering mendengar Nabi (sallallahu ‘alaihi wasallam) berkata, ‘Aku pergi ke suatu tempat tertentu bersama Abu Bakar dan Umar.  Aku memasuki suatu tempat bersama Abu Bakar dan Umar.  Aku meninggalkan tempat tertentu bersama Abu Bakar dan Umar.’” (Sahih Bukhari #3685)

Semak juga

Doa Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) untuk Saidina Ali (radhiyallahu ‘anhu)‎

Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) pernah berdoa untuk Saidina Ali (radhiyallahu ‘anhu) dalam ‎kata-kata berikut:‎ اللّٰهُمَّ …