Saidina Abu Ubaidah (radhiyallahu ‘anhu) Adalah Daripada Kalangan Orang Yang ‎Terbaik

Saidina Muaz Bin Jabal (radhiyallahu ‘anhu) menyebut tentang Saidina Abu Ubaidah ‎‎(radhiyallahu ‘anhu):

واللَّه إنه لمن خيرة من يمشي على الأرض (الإصابة ٣/٤٧٧)

“Wallahi (dengan nama Allah), dia (Abu Ubaidah) adalah daripada sebaik-baik manusia yang berjalan di (muka) bumi”. (Al-Isaabah 3/477)‎

Kedermawanan dan Kezuhudan (Ketidakinginan kepada dunia) Saidina Abu Ubaidah ‎‎(radhiyallahu ‘anhu)

Pada suatu ketika, Saidina Umar (radhiyallahu ‘anhu) mengambil empat ratus syiling emas, memasukkannya ke dalam beg dan memberikannya kepada hambanya sambil berkata, “Pergilah kepada Abu Ubaidah (radhiyallahu ‘anhu) dan berikan wang ini kepadanya. Selepas itu, tinggal di sana sebentar untuk melihat apa yang dia akan lakukan dengan wang itu (dan kembalilah dan beritahuku).”‎

Hamba itu mengambil kantung syiling emas dan pergi kepada Saidina Abu Ubaidah (radhiyallahu ‘anhu). Dia memberikan hadiah itu sambil berkata, “Amirul Mu-mineen telah berkata bahawa kamu harus membelanjakan ini untuk keperluanmu.” ‎

Saidina Abu Ubaidah (radhiyallahu ‘anhu) menerima pemberian itu dan berdoa untuk Saidina Umar ‎(radhiyallahu ‘anhu) sambil berkata, “Semoga Allah Ta’ala memberikannya pangkat yang dekat denganNya yang istimewa dan merahmatinya”.‎

Selepas itu, dia memanggil hamba perempuannya dan mengeluarkan beberapa kepingan emas dari beg itu dan berkata, “Ambil tujuh keping emas ini dan berikan kepada si fulan.” Dia kemudian mengeluarkan beberapa lagi dan berkata, ‎“Berikan lima keping emas ini kepada si fulan.” Dia terus mengeluarkan syiling emas dari beg itu dan memberikannya kepada hamba perempuannya, memerintahkannya untuk memberikannya kepada orang yang berbeza sehingga keseluruh jumlahnya habis.‎

Apabila Saidina Umar (radhiyallahu ‘anhu) mendengar tentang bagaimana Saidina Abu Ubaidah (radhiyallahu ‎‎‘anhu) membelanjakan wang itu untuk hamba-hamba Allah dalam sedekah, dia sangat gembira. ‎(Al-Mu’jamul Kabir #46) ‎

Semak juga

Saidina Talhah (radhiyallahu ‘anhu) – Memenuhi Janji

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: طلحة ممن قضى نحبه (أي ممن وفوا بعهدهم …