Mendapat dua Nabi (sallallahu alaihi wasallam)

عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من صلى علي بلغتني صلاته وصليت عليه وكتبت له سوى ذلك عشر حسنات (المعجم الأوسط للطبراني، وسنده لا بأس به كما القول البديع صـ 239)

Saidina Anas bin Malik (radhiallahu anhu) meriwayatkan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) bersabda ,” sesiapa yang berselawat ke atas ku sebanyak sekali, Maka selawatnya sampai kapadaku (melalului malaikat) dan aku berdua kepadanya. Bukan sekadar itu , namun 10 ganjanran akan dituliskan untuknya.”

Satu asbab mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala

K’ab Abhar (rahimahullah) (seorang tabi’en yang merupakan salah seorang daripada ulama yahudi sebelum memeluk Islam) menceritakan:

Allah Ta’ala berkata kepada Nabi Musa (alaihi salam) ” Wahai Musa! Adakah engkau ingin dekat dengan Ku, lebih dekat daripada percakapan mu dengan lidah mu, ataupun perasaan dalamanmu dengan hatimu, ataupun lebih dekat daripada rohmu dengan jasadmu, ataupun penglihatanmu dengan matamu?” Nabi Musa ( alaihi salam) menjawab dengan positif. kemudian Allah Ta’ala pun berfirman,”Maka bacalah selawat dengan banyak ke atas Nabi Muhammad (sallallahu alaihi wasallam).”[1]

‎يَا رَبِّ صَلِّ وَسَلِّم دَائِمًا أَبَدًا عَلَى حَبِيبِكَ خَيرِ الْخَلْقِ كُلِّهِمِ‎


[1] الترغيب والترهيب لقوام السنة 2/332، القول البديع صـ 270

Semak juga

Menolak kemiskinan

وعن سمرة السوائي والد جابر رضي الله عنهما قال: كنا عند النبي صلى الله عليه …